Pernah makan krim puff x..?Ritu, aku ader ajar kursus pendek pembuatan krim puff kt Sekolah Menengah Sg. Choh, Rawang..Rata2 mmg tau n penah tgk krim puff ni..So, dorg ni punyer la excited nk belajo cara nk wat krim puff ni..Yela, krim puff ni kn manis2 rasenyer..Kuih moden..Hehehe..Tp satu je yg xbest, kos nk wat krim puff ni agak la mahal..Pe2 hal, meh kiter try dulu wat ikut resipi Kak Ji (kakak kt kolej aku ni ha..) cara2 nk wat krim puff..Hehehehe
- 170g tepung gandum*
- 1 sk baking powder*
- 115g butter
- 285ml air
- 3 biji telor
- 1 sk esen vanilla
* diayak bersama supaya tepung halus dan sebati
Cara-cara nk wat bahagian puff:
- Panaskan oven dgn suhu 180 – 200 darjah celcius.
- Masukkan mentega ke dalam periuk/kuali bersama air lalu didihkan. Boleh masukkan secubit garam jika suka.
- Masukkan tepung, kacau rata sehingga adunan tidak melekat pada periuk/kuali.
- Angkat periuk/kuali dari api dan salin adunan ke dalam mangkuk. Biarkan sejuk. (boleh siapkan krim kastard sementara menunggu adunan sejuk)
- Selepas adunan sejuk, masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan esen vanilla. Terus pukul.
- Masukkan adunan ke dalam piping beg dgn nozzle berbentuk bintang/bunga. Tekan ke dalam dulang pembakar.
- Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak.
- Biarkan ia sejuk sedikit sebelum dibuat belahan. Isikan dgn krim kastard.
Bahan-bahan tuk wat krim kastard :
- 4 biji telur
- 130gm gula halus
- 5 sb tepung gandum
- 5 ½ sb tepung kastard
- 330ml susu cair*
- 330ml air*
- 3 sb susu pekat manis*
- 1 sk mentega
- 1 sk esen vanilla
** dididihkan bersama
Cara-cara wat krim kastard :
1. Pukul telur, gula, tepung gandum dan tepung
kastard di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan susu cair dan susu manis yang
dididihkan bersama air ke dalam periuk.
3. Masak di atas api kecil sehingga pekat dan
masukkan mentega dan esen vanilla
4. Sejukkan. Tutup periuk krim kastard dengan
plastic untuk elakkan kastard keras di bahagian atas.
rupa cream puff sebelum masuk oven.. |