Ramadhan ini terasa cepat berlalu..Coretan hari ini berbaur kesedihan..
Pagi ni aku pergi kerja mcm biasa..Sebelum p keje aku antar Rifqiy ke rumah pengasuh..Xjauh pn..5-8 minit da smpai da..Pagi ni hujan..Even xlebat, tp suasana agak muram..Aku pkai kn Rifqiy topi supaya kepala dia xkene ujan..Double protection even aku masih payung kn dia..
Setibanya aku di opis, aku mulakan keje aku dgn Bismillah..Buka PC dan start buat nota pelajar dan study sket ape yg aku nk ajo tuk klas kul 10 pg nnti..Tgh ralit dgn nota yang bersepah di atas meja, Kak Aida dtg ke meja aku sambil menangis.."Dik, jom kita p tgk student kita eksiden dpn pejabat pos". Allahuakbar!!! Eksiden???Aku cuba berlagak tenang..Dlm ati aku cuba berkata ini kemalangan biasa..Biasala kn..Budak lelaki, jatuh motor..Aku tny Kak Aida, teruk ke keadaan dia..Kak Aida geleng kepala xtau..Kak Aida ni mmg ratu airmata di kalangan kami..Dia tgk iklan touching sket pn airmata dia berjurai2 kuar..
Kak Aida amik kunci kereta..Kami diam sepanjang perjalanan..Xmampu nk bygkn teruk mana..Cuma dlm ati mmg berdoa yang student itu hanya calar dan luka koyak sedikit..Lg beberapa meter nk kuar simpang Batang Kali di mana lokasi yg dikatakan itu tiba, ati kami berderbar..Jln jem!!!Allahuakbar...............Kami lihat kren melintang di tgh jln..Subahanallah...Menjerit kecil kami melihat senario itu..Luluh ati memikirkan yg bukan2..(tgn aku masih menggigil sewaktu menaip cerita ini)..Segera Kak Aida parking dan kami tergesa-gesa turun..Kami lihat ketua jabatan, ketua program sudah berada di tempat kejadian..Kami diberitahu keadaan student tersebut..(Maaf, aku xmmpu menyebutnya..) Dia sudah tiada...Innalillahiwainnailaihirojiun.. Air mata mmg da xterbendung..Mcm empangan yang pecah..Sambil berdiri di dalam rintik ujan, segera aku adiahkn al-fatihah..
Kami maklumkan kpd bapa student tersebut ttp tdk mampu memberitahu yang dia sudah tiada..Luluh ati kami, lg luluh ati kedua ibu bapanya.Selesai proses mengalihkan arwah dr tempat kejadian dan dibawa ke hospital, mata aku, kak Aida dan pensyarah2 dlm unit bengkak2 dan merah..Menangis yg tnpa henti..Aku batalkan kelas yg bermula jam 10..Aku mmg xleh mengajar dlm tangisan..(Maaf ketua program, sy akan gantikan klas ini kemudian)..Ibu bapa arwah tiba di hospital..Ya Allah...Hiba..Kami peluk ibu arwah dan tangisan makin deras keluar..Kenyataan yg perlu kami trima bahawa dia sudah tiada mmg susah..Apatah lg ibu dan bapanya..Sukar!!Keras!!Perit dan Pedih!!Kami bawa ibu bapanya ke unit forensik..Mereka masuk beriringan..Bila keluar sahaja ibunya, skali lg kami tersayat hati..Luluh ati si ibu mengenangkan anaknya sudah tiada..Allahuakbar...Beratnya ati dia menanggung..Tangisan ibu kehilangan anak..
Kami tggu proses semuanya selesai..Sempat aku sedekahkn bacaan Yaassin untuk dia sewaktu menunggu..Arwah dimandi dan dikafankn di hospital..Baju arwah yang penuh darah diberikan kepada ibunya..Kami dibenarkan melihat keadaan arwah yang telah siap dikafankan..Allah..Dia seperti tido dlm ketenangan..Hanya berjait sedikit sahaja di hujung kening..Dia sudah bersedia meniti perjalanan yang lain..Sedihhhhh...
Mengenangkan arwah, kami sama2 sepakat..Dia seorang budak yang sgt baik dan tertib..Kami tanpa berselindung memberitahu ibunya yang mmg dia memiliki anak lelaki yang baik pekertinya..Aku tidak mangajar kelasnya..Tp aku kenal dia..Dia xpenah lokek menghulurkan bantuan..Sentiasa memberi respon jika kami, pensyarah2 memerlukan pertolongan..Sehari sebelum kejadian, kami telah menjalankan video shooting untuk Aidilfitri ini..Skali lg, dia antara yang mahu membantu..Begitu juga sewaktu unit kami mengadakan majlis berbuka puasa bersama, memasak bubur lambuk, arwah mmg ringan tgn membantu..Arwah meninggalkan nama yang harum dan baik di kalangan kami..Pemergiannya kami rasai..
Sewaktu tiba di lokasi kejadian, arwah berada dlm keadaan elok..Dia seperti tido mengiring even dlm byk keadaan kemalangan ngeri seumpama itu, byk darah di atas jln..Tetapi tidak kpd arwah..Tiada darah di atas jalan..Hanya beg kasut tercampak jauh...Arwah mahu ke klas waktu itu..Ujan..dia memakai selipar dan mgkin akan tukar kasut setiba di kelas..Allah..Syahid kamu, nak..Kamu 'pergi' ketika mahu menuntut ilmu..
Muhammad Muzaamir bin Khalid..Kamu telah tiada..25 Ramadhan ini kamu dijemput Ilahi..Tenangla kamu disana..Allah menjemput kamu di bulan baik yg penuh barakah..Allah menjemput kamu ketika kamu mahu menuntut ilmu..Allah lebih mengetahui rahsia tentang sesuatu..Semoga kamu di tempat kan di kalangan mereka yang beriman..Amiiiinnnnn...
Kami, warga SPL (unit pelancongan dan pengembaraan) sgt merasai kehilangannya..Bg kami, ia bukan setakat hubungan pelajar dgn pensyarah..Kami keluarga..Bukan setakat hubungan sesama manusia..Kami keluarga..Bukan hanya kawan..kami keluarga..Bukan setakat hubungan pengganti ibu/ayah dan anak kerana KAMI KELUARGA..
Al-Fatihah......