Nuffnang Ads

Thursday, February 12, 2015

Simpanan Untuk Masa depan - Inspirasi Simpanan Oren

Aku mmg bukan jenis dapat gaji n spare certain amount untuk simpanan.. Kalo ade belen ujung bulan baru la menyimpan.. Kalo xde lebih, xnyimpan la gamaknya.. Kiranya aku ni jenis xde disiplin la bab2 menyimpan ni.. Dari la start kerja, aku hanya ade 1 akaun bank dan jugak akaun ASB yang pendapatan tahunannya sgt menyedihkan.. Kahkah.. Mana nk dpt pendapatan yg lumayan kalo sendri nk menyimpan pun tebuk2..

Suatu hari, masa dlm perjalanan pulang dari Batang Kali ke Klang untuk bertemu chenta ati yg aku tinggalkan kt mama selama seminggu tu, aku terbaca satu blog berkenaan cara menyimpan duit yang aku rasa agak menarik..Hehehe.. So, cara aku menyimpan sekarang adala terinspirasi dari blog ini la (sila klik disini).. Terima kasih kerana memberi idea untuk org2 yg liat nk menyimpan cm aku ni..

Dari kecik aku mmg puas da dgr peribahasa 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' tuk galakan menabung.. Penah dgr idea satu hari RM1, sebulan dpt la RM30 x..? Aku wat, tp aku ni jenis xsabar.. Mgkin amount itu terlalu sedikit untuk aku kumpul sehingga sebulan yang hasilnya hanyala sama dengan 3 hari breakfast n lunch aku.. Seeee...Nampak x betapa xberdisiplinnya aku ini..Kuikuikui..

Biler da baca artikel dr blog tu, baru la aku tersedar yang menyimpan ini ada banyak cara.. Aku baca banyak kali n pahamkan betul2 cara simpanan ini.. Senang!! Cuma keywordnya adalah DISIPLIN... Aku nk gunakan method ni tuk menambah simpanan ASB Rifqiy.. Nekad!!!

Ready tuk menabung....

Setiap kali aku terima baki wang daripada not RM50 atau RM100 dan salah satu dari baki itu berwarna oren, aku akan cepat2 selit dlm buku Ting Rifqiy.. Aku mmg bwk ke hulu ke hilir buku ASB sbb sng tetibe nk menyimpan ke kn.. Aku set masa tuk aku masukkan hasil kumpulan aku tu.. Cth:  aku amik masa sebulan (12 Disember - 12 Januari cthnya), aku tgk la bape keping duit berwarna oren yg aku berjaya kumpul dlm masa tu.. Amazingly, aku dpt kumpul 15 keping duit berwarna oren dalam masa sebulan, ini bermakna aku berjaya membuat tabungan RM300 untuk Rifqiy.. Hari ni, tepat lg sebulan tuk simpanan Ting Rifqiy.. Walaupun hasilnya agak berkurangan kerana aku kurang berbelanja pd bulan ini, tp aku berjaya menyimpan secara konsisten dan disiplin.. So, xkirala dlm sebulan tu dapat berapa keping duit oren, tp cukup sebulan, msti masukkan dlm akaun Ting Rifqiy..

Suami aku amat la menyokong usaha murni aku apatah lagi ni bab2 nk simpan duit tuk anak kn.. Aku rase selesa ngn cara simpanan begini.. Mmg kene kental hati n nekad tuk xgune duit oren tu sbb mmg duit kaler oren tu khas tuk simpanan.. Walau berapa pn amount yg aku dapat setiap bulan tuk Rifqiy, aku da seronok da sbb sekurang2 nya tabungan Rifqiy bertambah.. Hehehe.. Kalo nk menyimpan secara direct dari duit gaji, aku mmg bukan orgnya.. Tp setelah berfikir dan menganalisis, duit oren yg aku kumpul itu sebenarnay adalah portion dari gaji aku jugak.. Rupa-rupanya, yang selama ni dok liat sgt nk simpan even RM100 je pun, teibe biler guna cara ni aku da simpan RM300 dari gaji sebulan aku tanpa sedar..Amazing kan??Seronok sangat biler tetiba cek da ade lebih dari 5keping duit oren..

So, kepada sesiapa yang cube untuk menyimpan bole la guna cara ni.. Bole rujuk kepada link blog yg aku attachkan kt atas supaya korg lebih paham..Aku ni cume tetsimoni dari idea dia..Hehehe..


Selamat Menabung Untuk Masa Depan Anda!!!Heheheh..