Nuffnang Ads

Thursday, December 10, 2015

Resipi Aglio Olio

Sesekali memang aku akan masakkan makanan2 western tuk en. suami n Rifqiy.. Tak selalu tp kalo da lama tak pekena tu sedap jugak.. Kali ni aku nk masak Aglio Olio versi kesukaan en. suami n Rifqiy..Cm yg biasa tau, Aglio Olio ni biasanya guna seafood je kn.. Tp kalo ikut versi ni, aku masukkan skali pastrami... Don wori, senang sgt nk masak menu ni..

Bahan-bahan:

  • Spageti (ade org suka guna angle hair, lg halus...)
  • Bawang putih 2-3 ulas - cincang halus
  • Udang (buang kulit dan hiris 3 kalo udangnya besar)
  • Sotong
  • Kepah (kalo suka) - takyah off shell kalo boleh..
  • Cendawan shitake (if nk pkai cendawan butang dlm tin pun bole)
  • Pastrami beef (daging yg da d sliced n di - marinated) - potong panjang-panjang
  • Batang saleri (aku suka buh sbb sedap) - hiris
  • Cili flake
  • Pepper
  • Garam
  • Butter / marjerin
Cara nak masak :
  1. Rebus spageti cm biasa dan letak tepi..
  2. Cairkan butter dlm kuali..Pastu tumiskan bawang puting yg dicincang halus sampai naik bau..Make sure jgn sampai hangus la ye..hehehe
  3. Pastu masukkan pastrami..Goreng sket sehingga agak garing dan naik bau.. Bau pastrami ni mmg sedap, rase nk ratah je daging tu..Hehehe
  4. Da agak garing pastrami tu, masukkan cendawan, udang, kepah, dan sotong.. Jgn lama sgt sbb seafood akan jd liat sket kalo overcooked..Batang saleri pun jgn lama-lama, biarkan rangup..
  5. Da sebati semua, masukkan spageti..Gaul sehingga semuanya berkenalan dengan baik di dalam kuali..hehehhe
  6. Taburkan cili flake dan pepper.. Perasakan dengan garam..
  7. Da siap!!!hidangkan atas pinggan dan makan..Heheheh

Kalo ade sape2 yang tertanya2 pastrami beef tu ape,ianya adalah daging yang telah dihiris nipis dan diperasakan dan disejukbekukan..Mana nk dapat? Selalunya aku beli kt Aeon, bahagian daging2 n ayam.. Da siap packaging cantik dalam pek vakum n digantung2.. Mmg agak mahal sikit.. Kalo pek vakum kecik, dpt la harga RM18++ manakala pek vakum besar harganya RM35++.. Biasanya kalo wat sandwich, mmg pkai pastrami ni sbb seriously sedap..Fefeling mcm Subway gitu..Hahahaha..

Ok, da siap da Aglio Olio versi aku..Hehehe..Selalunya Rifqiy akan mintak tambah kalo aku masakkan dia menu ni..Ok la tu kan dia tak memilih makan..Paling best, tau tu mintak jus kt aku..Kira western sgt anak aku tu..Hahahah..

Seronok tgk bila org2 kesayangan ni makan kn..So, apalagi, sila la try ye!!Hehehe..

Gambo??Nah..Bagi meleleh sikit airlioq..Hahahha..

Sehingga menjilat pinggan....Yummy!!!!

Resipi Ayam Masak Sweet Sour

Kali ni aku nak share menu paling senang dalam buku masakan..Hahahah..Biasanya aku masak resipi ni bila aku da ketandusan idea nk masak apa untuk budak tecik Rifqiy yg suka makan itu..So, aku buatkan dia ayam sweet sour ni sbb dia suka sgt mkn ayam..Hehehe..

So, taknak buang masa, kita tengok tahap kesenangan resipi ni ye..

Bahan-bahan :

  • Ayam (bahagian dada n potong dadu)
  • Tepung gandum
  • Sayur-mayur (aku pilih carrot, brokoli, baby corn dan kobis bunga)
  • Baang merah (hiris)
  • Bawang putih (ketuk je)
  • Bawang besar (potong bulat2 cm nk wat spring onion)
  • Cili merah (ada org suka pakai capsicum a.k.a lada benggala)
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • Sos cili (2 sudu besar)
  • Sos tomato (2 sudu besar)
  • Stok ayam Maggi 
  • Garam


Cara nak masak:
  1. Mula-mula gaulkan ayam dgn tepung gandum n gorengkan ayam tu..Letak tepi..Aku suka pkai tepung kentucky, cm lagi sedap je..Hehehe
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau..
  3. Masukkan semua sos-sos dan stok..Kalo ikut sukatan, aku suggest 2 sudu besar setiap sos..But depends kt selera masing2 pun boleh..
  4. Masukkan air sedikit tuk nak cairkan sikit kuah tu..
  5. Masukkan semua sayur mayur tu n gaulkan kuah dengan sayur sehingga la sayur masak..
  6. Da sebati semua, leh la tuang kan ayam masuk dalam kuah tu..Gaul sampai kuah cover semua ayam-ayam..
  7. Masukkan bawang yg dipotong bulat tu n biar layu sikit..Siap tuk dihidang..
  8. Makan time!!!Yummy
tips: kalo masih tak masin, tambahkan garam..Tp aku selalu tak tambah garam pun sbb stok ayam n sos2 tu da bg rasa masin..

Senang je kan???Lauk ni senang sbb aku tak perlu masak sayur n protein secara berasingan..Semua da ade dlm 1 hidangan tu..Hehehe..

Selamat mencuba, peeps!!

Meh belanja tgk gambo ye..Jgn kata ahkak tak payung..Hahahahha...


Monday, November 9, 2015

Apabila Mama Mengandung Lagi....

Bila aku n en. Hanafi decide tuk membesarkan legasi keluarga kami, sebenarnya banyak jugak yg kami kene fikir.. Bukan nk menolak rezeki Allah, tapi family planning kan dituntut supaya bukan kuantiti yang diisukan tetapi kualiti dalam kita membesarkan anak-anak sekaligus membentuk keluarga kita kn..

Masa aku n en. Hanafi terima berita gembira (sebelum tu da wat UPT n its POSITIF!!!) kami mmg da tersenyum lebar.. Manalah tau kn jd mcm kes masa awal2 mengandungkan Rifqiy dulu.. Aku mmg ade perangai buruk, suka cek UPT sebelum tiba menstrual..Kihkih..Saje nk excited awal konon.. So, masa tu aku mintak en. Hanafi beli UPT digital brand CLEARBLUE n masa tu jugak, clearly keluar result said 2-3 week pregnant..Mau tak meloncat en. Hanafi masa tu..Hahaha.. Dan2 tu jugak la, dia cakap dia akan balik malam tu n akan wat confirmation kt klinik.. Sadly, bila sampai kt klinik, dengan UPT jenis cassette tu, de double line xnampak terang..Mmg patut pn kot sbb aku cek before tarikh period sebenar..Kihkihkih..Frust punya pasal, aku wat confirmation selepas 8minggu Rifqiy dalam perut, n bila scan da nampak jantung dia berkelip2..(terharu gila time tu....)..

'Ter' throwback pulak masa mengandung first time dulu.. Now, Rifqiy pn da 2 tahun..Sekejap betul masa berlalu.. So, bincang punya bincang, kami bercadang nk menambah ahli keluarga.. Sementara badan masih ader sisa tenaga ni, baik la kami fikirkan masa hadapan kan..Hehehe.. Kebetulan, rezeki Allah nk bagi cepat, kami TTC tak lama pun..Bila nampak UPT double line, kami mmg excited n at the same time ade perasaan cuak..Hehehhehe..Kenapa cuak??

1. Ilmu Parenting yang cetek
Aku tak nafikan yang ilmu parenting takkan habis sampai la aku tutup mata.. Ilmu parenting bukan setakat beli buku2 parenting yang tebal2  kt Popular Bookstore atau MPH n baca sehingga khatam.. Bukan juga setakat mengambil pengalaman dari ibu-ibu lain dan ikut je cara dorg membesarkan anak.. Malah, petua2 orang tua pun belum tentu cukup tuk melancarkan perjalanan kita menjadi ibu bapa yang terbaik tuk anak-anak kan.. Semuanya melalui pengalaman.. Kutip selagi boleh..Dalam kes aku dan en. Hanafi, alhamdulillah Rifqiy macam faham yang kami terpaksa duduk berasingan kerana kerja, dia mmg tak banyak kerenah, jarang mengamuk dan jarang tantrum dia sampai tahap tak boleh di handle.. Tapi bukan bermakna ianya senang dan mudah tuk aku.. Sometimes, bila Rifqiy demam dan merengek sepanjang malam, aku sendiri cuak.. Pernah, Rifqiy dijangkiti HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease), masa tu mmg aku sorg yang handle Rifqiy.. Tanpa berlengah, aku sorg2 bawak Rifqiy p klinik pakar n cek even masa tu da cuak gila tgk mulut Rifqiy mula naik ulser.. Kalo ikutkan cuak n tak berani, mmg aku tggu en. Hanafi je drive p klinik pakar.. Tp percaya la, bila demi anak2, da takde perasaan tak berani tu.. Janji anak sihat, itu je dalam kepala... Kadang-kadang aku terfikir, betul ke cara aku jaga anak? Kalo sorg bole la lagi nk urus, kalo da dua......????? Hmmmm..

2. Adil terhadap anak pertama
Rifqiy adalah cinta pertama kami.. Yang mengikat aku n en. suami menjadi lebih bertanggungjawab membentuk keluarga.. Maka, sebelum kami tersenyum bakal menerima orang baru lagi, aku da jnji dengan Rifqiy dat dia akan jadi abang yg terhebat n aku akan berlaku adil pada dia.. Takde istilah abang lebih atau adik lebih.. Doakan aku menjadi mama yang adil ek..Hehehe.. Sepanjang pregnant anak kedua ni, mmg agak mencabar jugak la..Maklumlah, org2 tua kata, anak2 kecil kalo nak dapat adik, dia akan wat perangai sket.. Rifqiy pun mcm tu jugak.. Dengan badan penat, sorg2 nk handle, kadang-kadang mmg akan rasa pissed off gila..Tapi selalunya, aku amalkan satu cara n cara tu berkesan ke atas aku.. Bila Rifqiy buat perangai sampai la aku rasa nak marah sangat2, aku terus peluk dia.. Aku berusaha untuk tak terlepas marah kat dia.. Bila aku buat mcm tu, serta merta rasa marah tu hilang.. Seriusly, aku jadi cool.. Kt dalam rumah tu hanya ade aku n Rifqiy.. Aku jaga Rifqiy, Rifqiy jaga aku.. Aku taknak tido dengan kekesalan.. Aku taknak menangis mintak maaf sewaktu Rifqiy tido dan esok lusa aku buat lagi benda yang sama.. Aku nak tido dengan bangga yang aku berjaya menahan marah.. Biau hati Rifqiy tak terluka (even dia hanyalah kanak-kanak berusia 2 tahun).. 

3. Adil terhadap anak kedua
Disebabkan sudah banyak kasih tercurah untuk yang sulung, aku harap2 dan selalu berdoa yang aku akan berlaku adil untuk yang kedua.. Bagi aku, takde istilah 'kurang excited' apabila aku mengandung buat kali kedua.. Aku masih excited dan teruja.. Heheh.. Terutama sekali dalam persediaan menyambut baby ni.. Rase semua nk yang baru tuk dia.. Haha.. Tapi disebabkan baju Rifqiy masih nampak baru dan elok, aku n en. suami decide tuk lebih tumpukan pembelian barang-barang yang lebih crucial mcm babycot dan juga soft structure carrier (SSC).. Senang nanti nk letak, takdela kene elak-elak dari terkena "kereta-kereta" Rifqiy yg dok parking bawah tangga tu.. In shaa Allah, aku berazam, ape yang pernah kami beri pada Rifqiy sewaktu Rifqiy masih bayi, yang kedua ni pn akan menerima perkara yang sama..Doakan tuk aku ye.. ;0)

4. Ekonomi keluarga
Mmg betul setiap anak tu membawa rezeki masing-masing.. Masa mula2 tu kami agak takut dengan perbelanjaan yang akan kami spend sekiranya nak membesarkan keluarga.. Tapi berbalik kepada konsep "kalo tunggu duit cukup, mmg tak bertambahla..." makanya aku n en. Hanafi hanya berserah.. Rezeki Allah ada di mana-mana dan diberikan pada bila-bila masa yang kadang-kadang tak terduga kan.. Dengan ekonomi yang terumbang ambing mcm sekarang ni, mmg sakit kepala pikir.. Tapi aku yakin, rezeki anak ini akan datang juga.. Dan alhamdulillah, mmg kami dapat berita baik dan yakin, ini adalah rezeki anak-anak kami.. Bukan sikit yang perlu diambil kira.. Dengan susu, pampers, pengasuh, mmg sume kene bayar.. Tp jangan mengeluh sebab kita sentiasa ade option kan..Kalo sebelum ni kita bayar sekian2 amount, bila anak dua, nk kene double pulak.. So, percaya jela, kalo kita fikir susah, makanya susah la jadinya.. Mcm yg en. Hanafi ckp, bukan kita tak cukup duit, juz kene jadi bijak dalam pengurusan duit kita sendiri.. Mana perlu dan mana kehendak.. Belajar dari awl n kita akan dapati ianya tidak sesuah mana.. Chill!!!Hehehhe

5. Masa
Kalo sekarang ni aku hanya menguruskan Rifqiy.. Start dari jam 6.15 pagi, aku trun bawah n masakkan bekalan breakfast n lunch tuk Rifqiy.. Selalunya semua setel dalam jam 6.45 pagi.. Siap mandikan Rifqiy (bergantung dengan kerenah bangun pagi Rifqiy) dalam kul 7.30 pagi n siap hantar Rifqiy sume dalam kul 7.45 pagi n trus aku ke opis n punch kad..Belah petang sampai ke malam mmg melayan dia jela.. Harap2 aku bijak la uruskan masa bila anak da dua nanti.. Hal umah bersepah tu, aku rase sume mommy pun hadapi benda yang sama cm aku..Hahahhaha..Kalo nk ckp tak sempat mekap, maknanya aku kene bangun lebih awl la dr yang skrg ni..Hahahahha..

This is ape yg aku cuakkan ketika aku diumumkan mengandung lagi.. Cuak, excited, bangga n terharu..Sume bercampur aduk.. Kadang-kadang mmg ader perasaan xyakin dengan diri sendiri.. Am I A Goof Mother???Answer yourself..........hehehe

Monday, October 5, 2015

Resipi ketam bercili

Haaaaa..Kali ni masih lg mood mengetam sebab kebetulan pulak mak mentua aku bg ketam segar2 dari ladang..Besar n segar..Puas!!!Hahahha..Mmg dlm masa 2minggu ni mengetam jela kami..Hahahha..Hari tu da masak maggi ketam (klik resipi), so rini aku nk kongsikan resipi ketam bercili versi ai..Heheheh

Resipi bercili ni adalah gabungan resipi kam heong dan ketam bercili biasa tu..Hahaha.. Bedal jela labu...Da aku yg masak, ikut aku la kn.. En. Hanafi pn aku da warning siap2, ape je rasenya nanti, tanda jela report kad masak aku tu merah ke biru..Hahahahhahahahahhaha...

Bahan-bahan :

  • Ketam 4 ekor (bersihkan dan rebus sebentar, buh garam sikit)
  • Bawang merah* - 2 biji kalo besar
  • Bawang putih* - 4 ulas
  • Halia* - besar ibu jari
  • Udang geragau* segenggam
  • Cili giling (cili boh pun boleh) - bergantung kepada tahap kepedasan yg diingini..
  • Carrot (potong secara julian, panjang2)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • White pepper
  • Daun ketumbar (optional)
  • Cili merah (potong serong)
*bahan-bahan tumis 


Cara-cara :
  1. Aku rebus kejap sampai kaler ketam bertukar warna..Kejap je..Tujuan, bg senang ketam masak sekata..Ade org suka goreng kejap n ketepikan, tp aku suka rebus..Buh tepi dlu.. (hero biasa masuk dalam babak time da last2 kn?hahaha..)
  2. Tumis bahan-bahan (*) sehingga naik bau..Masukkan cili boh(tumis sehingga pecah minyak..
  3.  Buh pulak sos-sos sekalian n gaul sebati bersama dalam kuali..
  4. Buh carrot..Buh garam n perasakan dengan sedikit white pepper..
  5. Da dok mendidih, leh masukkan ketam-ketam ke dalam kuali.. Gaul segala bahan-bahan ngn ketam tu sampai mesra dan rata..
  6. Potong daun ketumbar (kalo nak la...) n gaul sekali..
  7. Kalo nak berkuah sikit n takmau kering sgt, buh la sikit air.. Kalo mmg nk kering, biau je xyh buh air..
  8. Akhir sekali, hidang atas pinggan n taburkan cili merah sebagai hiasan..
  9. Da siap!!!Leh la mkn puas2..Yummy!!


Yummehhhhh kan???Hahaha..Sila la terliur..


Wednesday, September 30, 2015

Maggi Ketam Lazat dan Simple

Hari ni aku nk try buat maggi ketam..Kihkih..Tetiba rasa cm nk mkn maggi buh seafood pulak..Kalo maggi udang tu da salu sgt da mkn, la ni nk try buh ketam cm yg popular kt Tg. Lumpur tu ha..Hehehe..

Lpas da siap, xsangka la pulak sedap (cewaaaahhh,masuk bakul angkat sendiri la pulak..)Kihkih..Pe2 pun, meh aku tunjuk resipi kot2 ade yg nk try ke kan..Salu aku up kt blog ni sbb senang nk refer balik kendian hari..Benda xsalu buat, sng sgt lupanya...

Bahan-bahan:

  • Sebungkus maggi kari (ikut la korg nk mkn byk mana)
  • Ketam (cengekerang blakang tu bersihkan n jgn dibuang)
  • Sawi
  • Cili merah
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Bahan pemekat kuah (blenderkan bawang merah sikit, bawang putih sikit dan udang geragau)
  • Sedikit cili boh (kalo rajin blendkan cili kering sikit)
  • Telor (kalo nk buh la..)
*bahan dihiris-hiris


Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan pemekat kuah n masukkan cili boh..Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Tumis skali bahan hiris tuk tambah rasa..(kalo nk abaikan step ni pn xpe..)..Masukkan cili merah yang dihiris..
  3. Da cantik n sebati, masukkan air dan masukkan ketam bersama cengkerang..Bila ketam da masak elok, kaler cengkerang da kaler oren2 merah, angkat ketam n ketepikan dulu..
  4. Rebus mee maggi n masukkan perencah ke dalam kuah..
  5. Pecahkan telor dan biarkan telor masak (atau kalo nk kuning telor goyang, masukkan telor di akhir sekali..Aku suka telor yang well done)..Biarkan mendidih..
  6. Masukkan sawi tp jgn sampai layu sgt ye..Xsedap n khasiat pn da lari..
  7. Perasakan dengan garam kalo masih kurang masin..
  8. Siap!!!
  9. Masukkan maggi dalam mangkuk, dan buh ketam di atas maggi tadi..
  10. Makan time!!!Sehingga menjilat jari..Slurrrpppppppppp...

Time taip entry ni pn da terliur da..Hehehe..Sedap sbb ketam segar, kuah rase manis2 sket..Tu yg saje masukkan ketam dulu supaya aku dapat perisa ketam segar extra..Plus, kalo aku masukkan ketam n mee serentak, nnti mee maggi tu akan terselit2 si antara kaki2 ketam tu..Lagi payah nk makan..Hahahaha..Dats why kenapa ketam masuk dlu n buh atas maggi di akhir skali..Heheheh..

Selamat mencuba tau!!!

Meh ahkak payung sikit gambo maggi ketam versi ahkak..Kekekke..Da xyah da tggu en. Hanafi bawak p Tg.Lumpur nu ha..heheheh..Masak ni time aku berdua je ngn Rifqiy sbb bukan ujung minggu kan, so, en. hanafi tak dapat la merasa lagi..Hantar wasap je kt dia, saje wat dia pn terliur gak..Kihkih..Dak kecik Rifqiy aku tak bagi la mkn maggi..Aku wat kn dia spageti..So, mama makan maggi, Rifqiy makan spageti bolognaise..Xde la dia ngacau..Aku bedal sorg la maggi ni..Yummy!!!!

Nyummmm tak nyummmm la kan tgk maggi ketam ni..Mabeles habaq ang..Heheheh

Monday, September 14, 2015

Resipi Asam Pedas Ikan Merah..Simple!!

Sebenonya dis is 2nd attempt aku masak asam pedas..1st attempt dulu, masa baru2 kawin, menemui kegagalan dan sehingga dua hari lepas aku tak pernah cuba tuk betulkan kegagalan itu..Maklumlah, aku ni masa zaman anak dara mmg boleh dikira ngn jari tgn pegang sudip n kuali..Paling pakar pun aku masak maggi jela..Hahahah.. Masa 1st attempt gagal tu, en. suami edisi terhadku (mine only..hehehe) takde pulak dok loya2 tekak o muntah secara tetiba biler dia telan asam pedas pari aku tu.. Dia telan jugak even rasenya mmg out of taste la..Takde rase asam pedas langsung..Yg ade rase pahit, pedas dan masin (yg ni aku sendiri rase).. Dia pun tak pernah bunyi suruh aku try n wat praktikal selalu.. (serik kot rase asam pedas aku..kihkihkih).. 

La ni da 3tahun aku dok masak itu masak ini tuk en. suami, refer buku2 n page2 resipi masak lauk extravaganza, tp tak pernah pulak nk try asam pedas.. Tp tetiba la pulak semalam, aku terasa nk try mencabar diri nk try masak asam pedas.. Aku pun kol ayah (ayah aku terer masak) mintak resipi.. Dis time takmo try ngn ikan pari, tp aku guna ikan merah..

Yeay!!!!!Anouncing dat I am successfully masak asam pedas yang sedap dan lazat.. (cewah..En. suami bagi aku A++++ terus tau..Hahaha..)

Da berjaya ni baru la boleh kongsi resipi kan..Kihkih..

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 2 labu*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Halia besar ruas ibu jari*
  • Cili giling
  • Serbuk kunyit 
  • Serai
  • Ikan merah 2 potong (ikut nk ikan apa..pari, kembung, tenggiri...etc)
  • Daun kesum
  • Tomato (potong 4)
  • Bendi
*bahan kisar

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar (bahan2 *) sehingga naik bau..Masukkan cili giling ngn serbuk kunyit sikit..Tumis sampai pecah minyak..
  2. Buh air n masukkan serai..
  3. Masukkan ikan n bendi..Tomato masuk lmbat sikit sebab cepat masak..Pastu buh daun kesum..(aku tak masukkan air asam sebab takmo terlalu masam sangat asam pedas ni)
  4. Masak sampai mendidih..Rasakan dengan garam n gula bagi balance..
  5. Da siap!!!Sila la makan..Heheheh..
*ayah bg trick sikit..Dia gtau kalo tak pandai belenkan pedas, masin n manis, guna sos tiram sikit..Kahkahkahkah..~aku buat pulak tu..Takut tragedi berulang~

Jemput makan semua..Malam td en. suami dok lega la sbb isteri dia dok sengih lebih kene puji..Takde la merengek2 tanya kenapa masak tak jadi..Hahaha.. 

Meh aku payung sikit gambo kejayaan resipi asam pedas aku..Hahahahaha.. 



Haaaaaa...Nampak sedap kan..Makan ngn nasi panas, tumis tauge n telor dadar mmg perghhhhhh...





Wednesday, August 26, 2015

Pentingnya Membaca Bersama Anak

Haaa...Kali ni saje je nk kgsi sket ilmu parenting.. This time aku nk share pasal membaca.. Rata-rata ibu bapa kt Malaysia mmg tak sempat nak membaca bersama anak2 mcm yg selalu kita tgk dlm citer2 omputih tu kn.. Selalunya mmg omputih akan ade slot 'bedtime story' ngn anak2.. Tujuannya, tuk spend quality time dengan anak2 lepas seharian dok kerja cari duit kan..Bukan tu je, dalam buku parenting pun ade bgtau yang membaca bersama anak akan meningkatkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa (lupe sumber dr buku mana)..Berikut adalah pandangan aku untuk membaca bersama anak-anak yang berumur kurang dari 3tahun..

Rifqiy belum tahap faham dengan cerita-cerita rakyat atau pun cerita-cerita haiwan yang kompleks.. Tapi aku mula belikan buku ABC, 123 yg hardcover tu dari dia umur 6bulan.. Buku hardcover atau softbook yg dr kain tu kan warna-warni dan xmudah koyak, senang sket nak jaga (xdela Rifqiy kene papercut..Hehehe) .. Jgn ckp umur 6bulan tu terlalu awal dan membebankan untuk dia mula belajar..Sebenarnya pada peringkat ini, baby sgt sng absorb benda-benda baru dan biasanya baby senang nk dibentuk pada peringkat ini.. Tp jgn paksa dia..Cukup sekadar dia kenal buku dan dalam buku ada banyak benda warna warni..

Rifqiy's 1st book - softbook pasal duck..Hehehe..

En. Hanafi mmg sgt rajin la belek2 buku tuk baby ni.. Biasanya buku2 hardcover ni boleh tahan jugak harganya sampai satu masa aku rasa nk cari pic kt tenet and buat sendiri je..Hahaha.. Tp disebabkan kekangan kelas (sem ni bz sket sbb ngajo 28jam seminggu..) so, aku pendamkan jela cita2 nk buat buku Rifqiy sendiri tu.. Satu hari, bila pergi bookstore, kami sepakat nak bg Rifqiy kenal haiwan pulak.. Cari haiwan yang common je mcm cow, chicken, cat, dog.. We found it sbb mmg buku animal tak susah pun nak cari and kami trus beli..
Ni la buku "Mooooo" febret Rifqiy..hehehehe

At first, Rifqiy mmg tak kisah sangat dengan buku.. As usual..But disebabkan aku ni mmg tolak mentah-mentah idea 'tarik perhatian anak dengan gajet' bila Rifqiy bosan, aku kene la bawak siap-siap buku ni untuk Rifqiy tgk2 bila kami ader family outings..Even nek flite pun aku bawak jugak buku hardcover ni.. So, bila Rifqiy start gelisah je, buku tu pun berfungsi la sepenuhnya.. Bila sebut 'snake' mula la aku ngn en. Hanafi dok wat gaya snake with sound (sssssssss...), cow (moooooo), tiger (aummmmm) and mcm2 lg bunyi dan gaya.. After few times, it works!! Rifqiy mula cari buku tu and tunjuk haiwan yang dia nk dengar sound n tgk gaya.. And guess wat??He called de book as "Moooo" sbb dalam buku tu ader cow (mooooo).. So, biler dia sebut n cari "Moooo" je kitorg tau dia nk membaca..Hahaha.. Skrg ni Rifqiy da khatam da buku tu.. He is able to do de sound with gaya if we asked him to do so.. ~Alhamdulillah~

Bila dekat rumah, jgn letak buku baby sebaris dengan buku kita.. Letak dekat kawasan dia selalu main.. Rifqiy pun asal nampak je buku tu, dia akan bawak kt aku n mintak aku bacakan.. Tak lama pun.. Biasanya it takes bout 5minit (max) sebelum dia mula nak main mainan yang lain pulak.. Jgn paksa.. Tuk peringkat mcm Rifqiy (1-2years) dia akan mudah distracted dengan benda-benda lain.. Cuma, kalo ade peluang, bagi la anak-anak kenal buku..

Skrg da start nk menconteng..

Biasanya baby akan berkembang seiring dengan usianya.. Terutamanya dari segi pertuturan dan peningkatan vocab baby tersebut.. Kdg2 baby bole keluarkan bunyi seakan-akan pertuturan biasa tetapi tak paham ape maksudnya.. Dats why, aku n en. Hanafi cuba latih percakapan Rifqiy dan memahaminya melalui buku.. Bukan sekadar harapan Rifqiy belajar dari cara kami bercakap dan bersembang dengan dia.. Bila dia nampak bentuk, rupa secara fizikal, dia akan lebih paham apa yang dia nampak dan cakap.. Bila dia nampak cow, Rifqiy able tuk buat sound 'mooooo', means dia da familiar dengan rupa cow, bukan setakat dengar kami cakap 'cow' and de sound mestila 'mooooo' tanpa pernah melihat rupa cow itu..Heheheh..Umo da Setahun 7Bulan ni byk jugak la word dia tau n sebut..

Bila Rifqiy mula pandai geledah rak buku kami, aku tak pernah biarkan Rifqiy sorg2 n bole buat apa saje yg dia suka dgn buku asalkan dia diam.. Nope.. Dari kecil aku n suami diajar hormatkan buku, so, anak-anak kami pun kene belaja benda yang sama.. Aku akan halang Rifqiy dari koyak n komotkan buku, bgtau dia buku tak boleh dikoyak2, dipijak2 atau dikomotkan.. Biar pun Rifqiy tak pernah respon samada dia faham atau tak, tp aku yakin Rifqiy terima maklumat yg aku selalu bgtau dia.. Skrg ni, Rifqiy masih belum pernahkan koyakkan buku atau majalah even buku tu bukan hardcover.. 

Tips :

  1. Jgn rajin belikan buku untuk anak-anak dan harap anak akan baca sendiri.. Pada peringkat ini, ibu bapa perlu temankan anak-anak, baca sama-sama supaya mereka biasa dengan buku.. 
  2. Masukkan buku favourite baby dalam 'busy bag' bersama-sama dengan favourite toys supaya anak-anak tak cepat bosan.. Bila anak bosan, bacakan buku untuk dia, bukan anak baca sendiri..
  3. Elakkan membaca dengan menggunakan gajet.. Belilah 'physical book' untuk anak-anak pegang dan baca..
  4. Untuk peringkat baby, jgn cari buku yang kompleks.. Cukup sekadar satu gambar untuk satu muka surat dengan kelebaran buku yang munasabah..
  5. Carikan buku untuk baby dengan tajuk yang sgt common..Cth : my body (tubuh badan saya), farm animal (haiwan ternakan) dan lain-lain.. Sekiranya anak-anak sudah khatam, berikan dia buku lain dengan kompleksiti berperingkat.. Cth :kenali bunga, hidupan liar dan lain-lain..
*tips tuk membaca bersama baby, bkn anak yang bersekolah


Ini adalah carta membaca untuk anak-anak yang sudah bersekolah..


Kita memang kadang-kadang tiada masa untuk membaca bersama anak-anak.. Curi dan cari la masa itu kerana impaknya mmg besar.. Hanya 20minit!!! Bonding time bukan sahaja apabila kita menghabiskan masa di luar rumah, malah boleh dilakukan secara indoor dengan membaca..  Cuba la dan praktikkan.. Sometime, mmg aku terfikir, jaga anak ikut buku (parenting, psikologi anak-anak etc) mmg xrelevan..Kita selalu ajar anak ikut keadaan dan pengalaman lampau tok nenek kita..But sometime, ada yg mampu kita praktikkan dr buku dan ia mmg sgt bermanfaat, why not??Hehehe.. Tepuk dada, tanya diri.......

Tuesday, July 14, 2015

Kaya Mengeluh..Miskin Pun Mengeluh..

Selama lebih kurang 5 tahun selepas graduate, tipu la kalo aku tak pernah mengeluh pasal kos sara hidup, tipu la kalo aku tak pernah berangan nk penuhi kehendak dan bukan setakat membayar n membeli barang keperluan..Malah, tipu juga la aku kalo aku tak pernah terfikir nk naikkan duit bulanan yang aku bagi kt mama n ayah setiap bulan.. 

Hidup sebagai pemegang segulung Ijazah Pengurusan Pelancongan dan Hospitality dari sebuah universiti swasta tak pernah janjikan yg aku akan hidup senang tanpa usaha..Plus, aku sndri rase rendah diri sbb aku kene bersaing dgn rmai lg pemegang ijazah dr universiti awam dan universiti2 swasta yg da xterkira kt Malaysia ni..

Cumanya, aku sgt bersyukur dalam tempoh itu aku telah mempunyai kerja tetap berbanding rakan2 lain yg masih mencari kerja dengan gaji yang selesa..Selesa maksud aku mampu nk sewa rumah (asalkan kita selesa nk duduk), bayar keperluan itu n ini.. Tp hidup kt bandar mana la bole nk jangka kn.. Harga barang biasanya diluar kawalan.. Bkn kt bandar je terasa sempit yg dok kt ceruk kampung cm aku ni pn terasa sendat..Tp nk wat cmne kn.. Rezeki aku ni disini.. Jgn kata untung aku dok kawasan kampung cm Hulu Selangor ni kos sara hidup xterasa..Beras yg aku mkn sama yg org bandar mkn, ikan yg aku beli pn sama je jenisnya, sayur, minyak, pampers anak, susu anak, sume sama mcm yg org kt bandar nu pakai.. Sama je, aku pn tak leh lari dari membayar lebih tuk keperluan sehari2-an..

Kenyataan hidup kt Malaysia dengan nilai Ringgit yg makin merundum, charges itu dan ini, yg kdg2 hampir menjerut leher di ujung bulan, mmg cabaran yg bukan sedikit tuk kita tanggung.. Mengeluh? Tipu la kalo xmengeluh kn.. Konfom mengeluh panjang bila ujung bulan duit gaji tak de belen tuk menyimpan..Pasal tu aku suka kalo bab2 menyimpan dan bayau utang ni tolak trus dr gaji aku supaya duit gaji aku lak wat keje bayau itu dan ini secara senyap..So, dalam akaun aku yg tinggal 3angka tula yg aku buat tuk nyambung hidup termasuk dengan upah pengasuh, duit minyak keta dan juga keperluan dapur yang perlu ditambah apabila perlu..

Kahwin dengan lelaki kaya bukan jln penyelesaian.. Itu penyelesaian untuk masalah kewangan je.. Tp masalah jiwa dan hati tu leh selesai ke? Percaya la, ape yg kita lalui sekarang ni adalah disebabkan kedudukan ekonomi kita yg agak terumbang ambing sikit..Aku percaya, org2 atas yg tau sgt  buat kerja tu sdg fix kn prob kita..hope so benda ni xberlarutan la kn.. (takut tinggal harapan je...).. Suami aku pn bukannya org kaya, bkn dr latar belakang org kaya tp alhamdulillah, dia pandai berjimat even dia kene bayar sebahagian besar dr bil dan komitmen..Hehehe..

Aku rasa cukup la aku membebel2 pasal keadaan hidup skrg.. Redah jela..Korg rase yg kaya2 tu xngeluh ke?Dorg pn kene bayau tax itu n ini tau..Kene bayau gaji drebar lg, org gaji lg, minyak kereta kene isi tuk 8bijik keta kt garaj nu ha.. Kalo pkai handbag cm kita gred AAA ni mau xkene gelak..Kene beli tiket kapal terbang lg nk beli handbag ori, new arrival..Korg ingt dorg layan ke Carlo Rino yg korg beli n bangga dengan hrga RM300++ tu???Haaa...Payah tau jd org kaya ni.. Bak kata pak2 menteri, kalo xsuke dok Malaysia, kuar jela dari Malaysia.. Kalo nk hrga minyak petrol rendah dgn subsidi, dok negara lain..Apa susah..Pilihan sentiasa di tgn kita..Betul x.. (feeling sarcastic..heheheh..)


Friday, May 15, 2015

Pemilihan Buggy Stroller Untuk Rifqiy

Kalo dulu masa Rifqiy masih lagi bayi, aku dan en. Hanafi mmg akan cari stroller yang seselesa mungkin la tuk dia kn.. Kalo bole, nk material bagus, padding tebal n lembut cam kusyen.. Sume tu angan2 je..Kihkih.. Akhirnya pencarian stroller berakhir dan stroller yang kami dok jenuh wat research tu telah pn berjasa sehingga la skrg ni, hampir setahun stgh jugak la kn.. Hehehehe..

Skrg ni, kami dok struggle pulak nk mencari buggy yang lebih kecil dan lipat payung.. Perkara ni dipersetujui oleh en. Hanafi sbb kami perlukan ruang yang lebih dalam bonet.. Walaupun Rifqiy makin besar dan barangan Rifqiy boleh dikurangkan mengikut keperluan, tp tiap kali balik Klang, mmg kereta akan penuh ngn barang.. hahahaha..

So, skali lagi kitorg melakukan resarch demi research psal buggy ni.. Sama je citer and prosesnya mcm masa misi mencari stroller Rifqiy dulu.. En. Hanafi ni, kalo bab2 cmni mmg makan masa sket sebelum dapat beli ikut pilihan ati (hati dia la..kalo ikut ati aku, da lama da aku rembat je mane2 buggy)...Seperti biasa jugak, sume on9 store dia dok study n asal kuar n tgk ader baby store yg jual stroller n buggy pn dia masuk..Gamak mcm first time beli stroller dlu..Huhuhu..

Antara ciri-ciri yang en. Hanafi senaraikan ialah :

  • Lipat payung - sng nk buh dlm bonet kete n xmakan ruang
  • Ringan - sng nk bwk 
  • Shades yang berjaya melindungi Rifqiy sepenuhnya - ni kalo bole, dia nk tutup habis..Adehhh..
  • Ade bar - cm stroller bar tu sbb Rifqiy suka sgt bergayut kt bar tu..
  • 5 safety harness - untuk lebih safety la, kalo remove bar, still ade harness yg support Rifqiy
  • Adjustable footrest - Biasanya leg adjust 3different degree..
  • Ada tali tuk travel - sng, sangkut kt bahu je kalo travel by big bird..hehehe
Ha..nmpk x ciri-ciri buggy yg en. Hanafi ni cari? Memula aku mmg cadang nk amik yg sgt basic.. Ckup sekadar ringan dan lipat payung.. Tp bila aku tunjuk sume buggy2 tu, dia juz tenung lama b4 dia ckp "Bkn itu buggy Rifqiy".. So, bila dia da listkan ape sebenarnya ciri-ciri yg dia cari, bru la aku pn ikut study.. 

Antara buggy yg kami da shortlisted kan ialah :-  

Halford Fliplite Stroller
Ianya mmg ringan.. Paling best shades dia bila kita tarik abis mmg xnmpk matahari punya la..Hahahha.. Cukup semua sifat2 yg en. Hanafi nak.. Kaler pn mmg menarik.. Aku da aim kaler oren tu ha..Heheheh..


Yoyo Zen stroller
Yg ni mmg super gempak..But dis type of stroller bkn lipat payung..Leh lipat besar handbag je..Leh jd super kecik n sng nk bawak.. Tp harga la xleh blah.. Kalo aku lum ade stroller, mmg da consider da stroller ni tp sbb da ade, xleh nk pujuk da.. So, awal2 mmg da out of de list.. 



Aldo stroller- Compatto
Yg ni sama spesis ngn Yoyo kt atas..Bezanya, yg ni xde bar je.. Kalo angkat mmg xrase la bawak stroller sbb lightweight.. Canggih tau design ni..Yg ni En. Hanafi rejek sbb harga jugak.. (errrr..aku da berkenan gila kt stroller ni.. Meleleh airliur tgk stroller ni habaq ang..)



Mamalove - BG03HR
Buggy ni mmg ok.. Sume sifat pn ckup kecuali harness yg kurang dr kriteria.. Harga affordable.. En. Hanafi kata dia nk tutup mata je sal harness sbb kt bar dia da ade 1 tuk elakkan Rifqiy melorot ke bawah..Tp en. suami tu tp still nk mencari..




Sweet Cherry - Cosi
Buggy ni pn ckup sifat dan ciri-ciri listed.. Tp shades dia tu en. Hanafi kata pendek pulak.. Hmmm.. (Aku pn xtau la dia ade ciri-ciri cerewet tang kelengkapan anak ni..Hehehe..) 





Sweet Cherry - Costa
Yg ni sama kt atas kecuali xde tali atau handle tuk nk pegang n bawak esp kalo nk p travel nek flite..So, mmg trus en. Hanafi kata xmo even kaler dia sgt tempting.. Biru tuuuuu.. Jarang tau buggy ader kaler ni.. 

    

Kalo nk cari buggy yg sempurna mmg xder la kot kn except kene la wat sndri.. Setelah dinilai, ditambah, ditolak, dipikir mana yg lebih dekat di hati, akhirnya en. Hanafi memutuskan untuk membeli Sweet Cherry- Cosi.. Bila wat research ni, en. Hanafi 50/50 antara Halford Fliplite dan juga Cosi, tp melihat kpd kegemaran Rifqiy berpaut pd bar, akhirnya dpt la wat keputusan yg kukuh.. Psal stroller yg telah lama berkhidmat tuk kami tu, xde la aku nk jual.. Sedih.. Xsampai ati.. So, simpan tuk kegunaan adik Rifqiy nnti.. Hehehehe..

Experince guna Cosi mmg berbeza.. Maklumla, sebelum ni aku pkai SCR6 kaler merah tu.. Tayar depan 1 je, sng nk belok sesuka ati.. Tp bila pkai buggy yg ringan n beroda 4 ni, mmg kekok jugak mula2.. Aku ingt aku je perasan cmtu, upenya en. Hanafi pn pk yg sama.. Hehehehhe..Tp ruang mmg save la.. Aku tgk Rifqiy ok je dok dlm tu except buggy ni agak rendah la..Heheheh..

Kalo ade sesiapa nk cari buggy, even ianya bole jadi sesimple ABC (kecuali tuk en. Hanafi, hahahaha..), tetapkan dulu ciri-ciri yg korg nk.. Terutama sekali dr sudut keselamatan disamping meng'convinience'kan korg bawak buggy tu ke hulu ke hilir kn..

Monday, April 20, 2015

Pegang Stereng and Be Safe!!!

Entry kali ni adalah mengenai kesalahan-kesalahan yang sangat kerap berlaku sewaktu korg sedang memegang stereng kereta.. Senang citer, ada driver2 yang tak prihatin tentang keselamatan diri sendiri hingga membahayakan malah menyusahkan orang lain..Rasanya, ramai sangat yg buat kot kan.. Sambil2 baca tu, kalau ianya berlaku kt korg, silalah anggukan kepala..Hehehe..

1. Sangat malas memberi signal kiri atau kanan..
Rasenya semua kereta dilengkapi dengan 'signal' kiri dan kanan.. Takde bezanya antara kereta mewah ataupun murah..Semua sama.. Tak boleh la nak bajet semua org tau niat korg nk ke kiri atau ke kanan.. Pastu sesedap rasa nk masuk simpang.. Ingt aku ni spesis Professor X dlm X-Men tu bole baca pikiran org? Lagi satu, kalau nak keluar simpang pun satu masalah..Kita ye2 la tunggu turn nk melintas jalan ni ha, tengok kiri clear, tgk kanan ade sebuah kereta nk lalu..Kita pn tunggu lah nk lepaskan sebuah kereta ni, rupa2nya, dia pn nk masuk simpang yg sama kita keluar tu.. Adehhhh.. Mendidih beb..Masa terbuang cmtu je dok nk nunggu ko lalu..Come on la, ada satu function kt kereta tu, direka khas untuk bagitahu niat kiter nak ke kiri atau ke kanan.. Namanya SIGNAL.. Gunala dengan sebaik mungkin.. 

2. Rajin tekan brake
Kalau yang td tu jenis malas sgt nak bagi signal, yang ni pulak dok rajin tekan brake.. Aku kalau jumpa spesis jenis ni mmg letih.. Mana tak nya, nak kene jaga dari dok hentam bontot kereta dia tula.. Selalunya kita kene bajet la jarak kita dengan kereta depan kan tp kalau terjumpa spesis cmni, jarak baru 100m dr kereta depan pun dia da dok tekan brake.. Kalau dia da dok syok tekan brake, takkan la aku nk biau je pulak kn.. So, aku pun terpksa la jarakkan kedudukan dengan dia supaya aku takde la sakit hati sangat n letih kaki nak main brake.. Selalunya bila berdepan dengan situasi camni, aku akan potong kereta tu biler berpeluang atau aku biarkan kereta lain yang potong aku..Hahaha.. Jangan rajin sangat main brake, makan minyak tu..Bahaya jugak tuk orang belakang..Be consider la ye..

3. Drive kt lorong kecemasan
Spesis yang ni pun ramai gila kt Malaysia.. Takde kesedaran sivik langsung.. Da banyak cara da penguatkuasa o polis dok warning jangan dok drive kt atas lorong kecemasan ni.. Siap mintak tlg org ramai snap pic org2 yang melakukan kesalahan ini n bole hantar trus ke polis..Tp masih ramai yg tegar n tak sabar nak sampai destinasi.. Selalunya boleh tgk la kt tempat2 yang keadaan trafik yang pathetic n jammed tak sudah2.. Tp itu tak bermakna korg ada lesen tuk lalu kt lorong kecemasan tu..Sori ek, aku sikit pun tak jeles kalau orang yang lalu lorong ni duduk lagi depan dr aku, tp aku rasa mereka2 itu yang patut malu sendiri sbb lalu kt lorong yang sebenarnya dilarang lalu pn.. Kalau ada kemalangan ke ape ke, korang da menyusahkan bomba o medic team nk sampai kt kawasan kejadian.. Kan da lambat nk merescue orang kalau mcm tu..

4. Double parking
Ok, yg ni pun bole wat orang lain berbulu kot.. Kdg2 bukan kereta besau je, yg kereta kecik pn nk double parking.. Da elok2 wat kotak parking, kenapa taknak parking elok2.. Satu kotak untuk satu kereta.. Ini nak parking pun main parking je n langsung tak pikir sal orang lain.. Selalunya, kalau berlaku kejadian mcm ni, aku akan tinggalkan nota khas untuk orang tu..Paling sempoi aku penah buat is conteng cermin kereta dia dengan whiteboard marker pen..Tp takdela sebesau alam aku tulis, juz nak bagitahu je suruh alert dengan cara parking kereta.. Kadang2, ada kereta yang parking betul2 atas line.. Da mcm mana kereta lain nk masuk kan??? Sempit.. Haaaiiii laaa.. Org mcm ni pn ada kn??? Berbulu je rasa.....

5. Berada di lane laju, tapiiii......
Kdg2 aku pn pernah berangan kete aku ni tuko jd Ferarri, so dok la kt lane laju kn.. Tp rupenya bukan aku je yang berangan, malah speed yang hanya 90KM/j tu jugak dia dok tekan.. Xde inisiatif langsung dia nk ke tepi atau menambah had laju sehingga yang dibenarkan.. Ape niat, konfom aku xtau.. Tp bole tak consider sikit.. Takkan dengan kelajuan yg selooooo tu nk dok lane laju kn.. Sudahnya aku yg kene mengalah ke lane tengah sbb kereta blakang da dok tembak2 lampu kt aku.. Fine, aku bole mengalah..pastu ko pn rasa la cmne rasanya dok kt kereta degil yg seloooo dan xmau beralah....Hehehehe..

6. Parking di tempat yang tak relevan dengan driver
Keistimewaan mmg diberikan kpd OKU yang selalu tempat parking mereka adalah berdekatan dengan pintu dan mempunyai keluasan yang agak lebar.. Tp aku banyak kali la tgk banyak kereta yang tak didaftarkan dengan sticker OKU sesuka ati nk parking kt tempat khas tu.. Please la.. Kalo setakat sakit kaki n lutut sikit2 tu, lum consider OKU lagi kn.. Then, skrg ni aku tgk banyak mall yang da sediakan parking khas untuk lady o lady yang drive kereta sorg2.. Tp ada jugak la pakwe2 yg dok parking kt space tu.. Kalo kt Tesco pn dorg ader sediakan petak khas tuk parents with kids yang biasanya berstroller, tp da mmg mentaliti org2 kita ni, asal kosong je petak tu, boleh la masuk.. Yg tgh2 dating tu dok sibuk la nk parking kt tempat parents with kids ni..Hmmmm.. Paling bengang, tok jaga tu berdiri tegak je langsung xtegur... So, watpe sediakan parking with spesifik need kalo tiap kali kosong pn org akan sesuka ati parking.. Langsung tak sensitip!!!  Aku ni salu tak sampai ati kalo misalnya aku tak bawak Rifqiy, tp nk parking kt space tu..Hmmmm.. Aku je kot yg consider mama2 lain lebih memerlukan..Huhuhu

Akhir kata........Itu jela yang aku nk kongsi sambil menyuarakan pendapat yang aku sgt la tak puas ati sekiranya ini sering berlaku..Kihkih.. Jadilah pemandu yang berhemah.. Bkn kita je yang ader destinasi n nk sampai cepat..Bkn kiter je nk parking kereta..Tp kalo xder consideration, jalan raya menjadi tempat yang sgt bahaya... Berhati2 peeps!!!

Nervous Berdiving...

Seriusly, sebenarnya aku sgt rindukan underwater world.. Cewaaaahhh.. Pengalaman kali ni saje aku kongsikan lambat sikit sbb baru la skrg aku paham knp ramai yg pilih diving tuk hilangkan stress.. Ada tu sampai addicted tuk dive, dive, and dive.. Mana tak nya, selain menikmati ciptaan Allah yg gojes di atas daratan, aku sgt kagum dengan ciptaan Allah di bawah lautan ini.. Subhanallah.. Sungguh cantik dan sgt tenang.. Rupanya, diving bole membuatkan kita rindu.. Hehehe

Cerita sal hal diving ni, aku mengaku la aku bkn dari kategori peminat sukan risiko tinggi atau lasak, terutamanya yang melibatkan air.. Aku tak reti berenang!!! Oh mai, biler ketua program suruh aku bersedia dengan kursus diving, jangan ckp aku xlena makan, tido pun aku tak lalu.. Punya la berdebar.. Takut tenggelam yang takkan timbul (nauzubillah..dan Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan bernafas pada hari ini).. Punyala aku menggelupur cmne nk mempersiapkan diri nak diving ni sedangkan kawan2 aku lain yg join sama rasanya tak la se'nervous' aku..

Ketua program aku propose untuk kami mempunyai lesen diving supaya kami mempunyai lesen professional yang akan meyakinkan pelajar yg kami adalah diver terlatih.. Dan lokasi diving itu adalah Pulau Tioman.. Kalo bukan kerana lesen diving, aku pasti da meloncat happy.. Tp memikirkan tentang diving, perut mula la tak sedap..Adehhhh..
Aktiviti Diving

Aku memulakan kursus diving dgn beberapa exercise yang dipraktikkan sewaktu berada di dalam air.. Masa first time masuk air, oh mai...Nak meletop jantung akak!!!!Tatooooottt....Bahaya sekiranya kita main terjah je terjun laut dan trus ke dasar.. Dari cara pemakaian regulator, sehinggalah kami berenang sehingga kedalaman 21m ke dasar laut.. Sukar untuk aku gambarkan betapa aku seronok dan happy dapat peluang diving tu.. Mmg penat sikit la.. Maklumlah, tong oksigen tu bkn ringan.. Berat wooooo... Siap kene tambah 4kg  weight lg kt pinggang.. Day 1st, mmg sakit punggung wei.. ianya sgt membebankan..Huhuhu..

Pengalaman paling takleh lupa bila aku sendri dapat tgk anemonies, hawksbill turtle, mcm2 fish warna warni.. Dapatla aku tgk karang dari jarak dekat.. Mmg menakjubkan..Huhuhu.. Aku sndri tak percaya yang aku berjaya lakukannya.. Sampi hidung pun berdarah2 bawah laut tu.. Penuh mask aku dgn darah kt hidung, tp rupanya diving boleh memecahkan sinus yang terkumpul di T-Zone.. Ok la tu kn.. Banyak yang aku dpt sepanjang 4 hari aku berdiving kt sini..
Kene dengar dive master briefing dulu..

Memang takde keje lain kt sini selain diving dan makan..Diving dan makan..Hahaha.. Tak caya?Aku pun mula2 tak percaya, tapi lepas sehari kt Tioman, mmg masuk air, makan......Ptg masuk air lg, mkan lg.. Mlm2 tak pikir ape da selain TIDO!!!!Hahahaha... Diving memang agak mencabar terutamanya yang memerlukan pertolongan mcm aku ni..Tapi satu je motivasi aku masa berada kt bawah tu, aku nk enjoy tgk ape yg ada bawah laut sbb aku tak tau bilakala la lagi aku boleh diving.. Paraturan diving is, jangan diving berseorangan dan jangan sampai hilang kawan2..Perghhhh.. takut wei kalo dok sorg2 bawah laut tu.. Uwaaaaaaaa...
Aku bawah laut...

Alhamdulillah, lepas mengharungi pelbagai ujian dalam diving, Dive Master kitorg announce la yg semua lecturer, dpt lesen diving!!!Weeehoooo.. Officially, licenced diver (baru open water je)..Kihkih..

Tuesday, April 14, 2015

Idea Makanan Untuk Potluck

Haaaa..Ade siape2 x rajin buat potluck ni? Kalo dpt member rajin masak, rajin organize potluck mesti best.. Salunya buat ri Jumaat ke kan sebab masa rehat panjang sikit..Hehehe.. Tp tiap kali dpt invitation potluck, mesti pening nk letak ape atas meja tuk member rase sama, so aku bg idea sikit la kot tuk korg berpotluck lepas ni..

Biasanya, potluck ni kita akan bwk yg ringkas tp sedap..Yela, mcm leceh la pulak kita nk bawak travel kalo makanan yg kita bawak tu complex sgt kn..Paling penting masa nk cari idea nk bawak menu ape is TAHAN LAMA n TAK CEPAT BASI.. Heheheh..

1. Mihun / mee / kuey teow goreng
Ni konfom menu paling senang nk buat n senang nk bawak.. Konfom la ade peminat n jarang2 org xmakan menu2 ni..Lagi2 kalo p picnic..Org melayu kita ni kalo mihun ke mee ke dorg wat jd starter or appertizer kn..Kihkih..Lg tempting kalo menu ni byk lauk..Ngn udang la, sayur la..Pergghhhhh..

2. Sandwich
Menu ni pn ringkas je..Kos pn xde la membebankan kn..Pg2 bgn sebelum nk wat potluck pn leh wat..Kalo nk lg senang n sedap,beli je tuna dlm tin n sapu je atas roti..Tp kalo nk presentation terbaik, kene all out la kn..Buh tomato, timun, salad, mmg mengiurkan..Tambah2 kalo buh telor setepek.. Boleh sendat jugak la perut kn..Hehehehe..

3. Sphagetti
Rmai yg rase menu ini simple n senang serta sedap..Aku pn rasa cmtu..Juz bawak sphageti n jugak kuah da boleh hidang kt member2 len kn..Bg la kelainan sikit, bg western dish time potluck..Hehehhe..

4. Frozen food
Haaaa..Yg ni pn simple..Nugget, fish finger, hotdog n banyak lagi frozen fud juz name it, korg leh bawak during potluck..Senang je kn.. Org da familiar dengan rasanya n konfom sold out sebelum majlis potluck berakhir..Hehehehe..

5. Kuih-muih/pencuci mulut
Rmai jugak yg pilih tuk bawak kuih tuk dijamu sewaktu potluck..paling feymes ialah karipap, popia n kuih2 org xder gigi mcm tepung pelita, kaswi ataupun seri muka..Bkn ape, kuih2 ni boleh disediakan dlm kuantiti yg byk sekaligus kn..Senang..

Ok, next ialah idea extravaganza sikit.. Kesimpulannya, kene ader sikit rajin la..Hehehe

6. Nasi impit goreng
Inginkan kelainan tuk menjamu kengkawan korg? Konon nk wat dorg kagum sikit kn..Instead of buat nasi goreng, apakata korg rebus nasi impit, biau sejuk sikit n potong kecil2 nasi impit tu..Pastu buat je bahan2 mcm nk goreng nasi..Perghhhh..Sedap baq ang..Hahahah

7. Begedil ayam n cheese
Nk nmpk rajin sikit la kn dr juz goreng nugget, leh la try buat begedil ayam n cheese tu.. Aku penah try..Mmg sedap la mkn wat kudap2 n tmbah2 aksesori dlm pinggan.. Siap la pulak dia mintak resipi..Padahal senang je..Goreng je kentang..pastu goreng ayam xyh smpai garing sgt..Pastu buh cheese, daun bawang gaul skali ngn kentang n ayam..Mabeles!!!


8. Roti John Mini
Hehehe..Yg ni pn penah bawak..Sebenonya sbb xde sandwich, lakula mini roti john aku tu..Kihkih..Aku pkai roti hotdog je..Pukul telor sebijik, buh carrot, bbq cheese jenama Beqa, filamen ketam tu sket, tekap je roti hotdog atas telor yg tgh goreng dlm kuali tu ha..Pastu da jd..Potong la 3 kerat..Haaaa..Mabeles kn??Kihkih..

9. Lauk-pauk campur + Nasi putih
Aku mmg bab nk memasak lauk ni mmg serender..Ade jugak kwn2 aku yg mmg rajin giler msk lauk2 campur..Dia mmg peminat setia potluck n rajin sgt wat potluck..Kalo dia ckp nk wat potluck, lauk dia jela atas meja..Heheheh..Penah dia bwk kari ikan..Tebaikkkkk..Hehehe..Paling2 dia akan bwk 2lauk..Heheheh..Ideanya, try la buat udang masala ke, sotong celop tepung ke..Sedap gak wei..

10. Roti jala dengan kuah kari
Perghhhhh.. Kalo ada ni masa potluck, aku mmg suka loncat2.. Lagi kalo dapat kari mabeles.. Time taip ni pn meleleh air liur beb.. hahaha.. Buat xsusah pn kot kan.. Kari tu pn bukan susah nk wat.. Kalo letak atas meja ni, aku bole amik lebih dr 5gulung, tp sbb kene consider dengan org len kn, kene behave sket la..Kihkih..

*pic adalah sumbangan google search image kecuali nasi impit goreng dan begedil ayam..Tu memang hasil air tangan aku..

Friday, April 3, 2015

Passport Untuk Bayi/Kanak-Kanak

Salam..
Puhhhh..Puhhh..Berhabuk da blog ni..Hehehe..Punya lama x hapdet padahal banyak gak cerita nk kongsi ni..Cewaaahhhh..Kali ni nk share pasal permohonan passport antarabangsa untuk bayi dan kanak-kanak je dulu..

Asal kejadian nk wat passport Rifqiy ni ialah apabila aku tak perasan pulak aku ada beli tiket flight ke Bandung awl bulan puasa nanti..Rupe2nya aku da terbeli tiket dari awal tahun lepas lagi..Maklumlah kan, beli promo item dari Air Asia ni mmg travel period dia kan makan smpai setahun, no wonder la kan kalau aku lupa..Kihkih..Masa terperasan ade tiket ke Bandung dalam simpanan tu menggigil jugak nk bagitahu en.Hanafi sebab masa beli tu xsempat bincang pun pasal trip yang ni..Buat keputusan sendiri je..Kami da plan nk ke Krabi je November nanti..Yg tu je kami bincang beria..Hahaha..Actually, aku beli tiket ke Bandung ni dengan opismate aku..Kiranya dia and husband dia ni travelmate aku la masa kami bujang2 dulu..Hehehe..Nak xnak kene jugak la bagitahu en. suami yang aku da plan nk ke Bandung bulan 6 nanti..Kang dia terkejut pulak kan kenapa aku nak buat passport untuk Rifqiy..Nak buat apa mohon passport kalau xnk guna kan..?Heheheh..

Permohonan passport antarabangsa untuk Rifqiy aku buat dekat Jabatan Imigresen Kuala Kubu Baru.. Dek kerana pengalaman masa buat passport 8tahun yang lepas, aku rasa buat passport ni agak rumit..Yela, tambah2 lagi urusan kaunter kan, Mmg makan masa lama la kan..Mau makan sehari..Pasal tula aku n en. Hanafi amik keputusan tuk amik cuti..Sebelum pergi JIM tu, aku da standby potostet ic aku n en. suami dan jugak salinan surat beranak Rifqiy..Siap pusing kawasan Batang Kali cari kedai gambar lagi sbb nk buat gambo passport Rifqiy..Xmo la p sana dengan keadaan xbersedia kan..Kang pegawai Imigresen tu mintak itu mintak ini semua xde kang kene datang lain kali pulak.. Adeeehhhh..Xmo3..Huhuhu..

Aku sampai JIM Kuala Kubu Baru around pukul 10 pg..Ok, agak lewat la kn..Huhuhu..Kami reda jela pukul bape pn siap janji arini kene gak setelkan dokumen Rifqiy ni.. Org agak ramai..En. Hanafi pn p kt kaunter tuk amik nombor giliran..Ok, skrg prosedur da agak mudah dan cepat..Ni panduan nk berurusan dengan JIM Kuala Kubu Baru ye..

  1. Nak ambil nombor kene bagitahu kt pegawai tu nk watpe..Cth: renew passport, buat passport, passport ilang etc..
  2. Pegawai tu akan bg satu borang ringkas untuk diisi..Juz tulis nama, alamat, umo, tinggi n basic info je..Dia akan cek dokumen kita cukup ke x sebelum proceed..
  3. Serah balik borang yg sgt ringkas tu semula dan dia akan bg nombor giliran..
  4. Tggu giliran 
  5. Sampai je giliran, wat permohonan nk wat passport, ambil cap jari, snap pic..
  6. Tggu nama kene panggil tuk wat pembayaran n amik resit..
  7. Tunggu sejam
  8. Ambil passport selepas sejam.. 
Tang bayaran pulak, skrg ni da xde da passport yg expired 2tahun tu..Skrg expired semuanya 5tahun..Dulu ada pilihan nk wat 2tahun dgn kadar bayaran RM100 bg dewasa dan RM80 untuk bayi dan kanak-kanak, manakala untuk tempoh 5 tahun masih dikekalkan harga RM300 untuk dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak..Rmai yg pilih 2tahun sbb murah n bg yg xselalu keluar negara, dorg akan buat untuk tempoh 2tahun kan..Tp sekarang, semua diselaraskan dan passport untuk tempoh 2tahun tu da dimansuhkan, dan hanya wujud passport dengan tempoh 5tahun dengan kadar bayaran yang lebih reasonable, RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk bayi da kanak-kanak..

Kalau 8 tahun lepas kene isi borang itu ini, nk kene amik gambar kt kedai gambar bagai, skrg da xpayah da..Tinggal bawak ic je..Xyah da nk potostet ape2.. Kalo nk renew, bawak je passport lama tu.. Untuk baby pn, wajib bawak surat beranak yg ori, ic ibu atau bapa..Pun xyah da nk potostet2.. Tang gambo pulak, Rifqiy mmg da amik gambo awal, tp pegawai tu kata xperlu bwak sbb Rifqiy akan snap trus kt situ..Oooooo..xpayah la susah2 da nk cari kedai gambar lepas ni..Hehehehe..

Skrg ni nk wat passport da xleceh..Lepas sejam da leh pick-up passport..Mudah kan??Sblm pukul 1, urusan dengan JIM pn setel..Yahooo!!!Buku merah Rifqiy da siap..Heheheh..

Thursday, February 12, 2015

Simpanan Untuk Masa depan - Inspirasi Simpanan Oren

Aku mmg bukan jenis dapat gaji n spare certain amount untuk simpanan.. Kalo ade belen ujung bulan baru la menyimpan.. Kalo xde lebih, xnyimpan la gamaknya.. Kiranya aku ni jenis xde disiplin la bab2 menyimpan ni.. Dari la start kerja, aku hanya ade 1 akaun bank dan jugak akaun ASB yang pendapatan tahunannya sgt menyedihkan.. Kahkah.. Mana nk dpt pendapatan yg lumayan kalo sendri nk menyimpan pun tebuk2..

Suatu hari, masa dlm perjalanan pulang dari Batang Kali ke Klang untuk bertemu chenta ati yg aku tinggalkan kt mama selama seminggu tu, aku terbaca satu blog berkenaan cara menyimpan duit yang aku rasa agak menarik..Hehehe.. So, cara aku menyimpan sekarang adala terinspirasi dari blog ini la (sila klik disini).. Terima kasih kerana memberi idea untuk org2 yg liat nk menyimpan cm aku ni..

Dari kecik aku mmg puas da dgr peribahasa 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' tuk galakan menabung.. Penah dgr idea satu hari RM1, sebulan dpt la RM30 x..? Aku wat, tp aku ni jenis xsabar.. Mgkin amount itu terlalu sedikit untuk aku kumpul sehingga sebulan yang hasilnya hanyala sama dengan 3 hari breakfast n lunch aku.. Seeee...Nampak x betapa xberdisiplinnya aku ini..Kuikuikui..

Biler da baca artikel dr blog tu, baru la aku tersedar yang menyimpan ini ada banyak cara.. Aku baca banyak kali n pahamkan betul2 cara simpanan ini.. Senang!! Cuma keywordnya adalah DISIPLIN... Aku nk gunakan method ni tuk menambah simpanan ASB Rifqiy.. Nekad!!!

Ready tuk menabung....

Setiap kali aku terima baki wang daripada not RM50 atau RM100 dan salah satu dari baki itu berwarna oren, aku akan cepat2 selit dlm buku Ting Rifqiy.. Aku mmg bwk ke hulu ke hilir buku ASB sbb sng tetibe nk menyimpan ke kn.. Aku set masa tuk aku masukkan hasil kumpulan aku tu.. Cth:  aku amik masa sebulan (12 Disember - 12 Januari cthnya), aku tgk la bape keping duit berwarna oren yg aku berjaya kumpul dlm masa tu.. Amazingly, aku dpt kumpul 15 keping duit berwarna oren dalam masa sebulan, ini bermakna aku berjaya membuat tabungan RM300 untuk Rifqiy.. Hari ni, tepat lg sebulan tuk simpanan Ting Rifqiy.. Walaupun hasilnya agak berkurangan kerana aku kurang berbelanja pd bulan ini, tp aku berjaya menyimpan secara konsisten dan disiplin.. So, xkirala dlm sebulan tu dapat berapa keping duit oren, tp cukup sebulan, msti masukkan dlm akaun Ting Rifqiy..

Suami aku amat la menyokong usaha murni aku apatah lagi ni bab2 nk simpan duit tuk anak kn.. Aku rase selesa ngn cara simpanan begini.. Mmg kene kental hati n nekad tuk xgune duit oren tu sbb mmg duit kaler oren tu khas tuk simpanan.. Walau berapa pn amount yg aku dapat setiap bulan tuk Rifqiy, aku da seronok da sbb sekurang2 nya tabungan Rifqiy bertambah.. Hehehe.. Kalo nk menyimpan secara direct dari duit gaji, aku mmg bukan orgnya.. Tp setelah berfikir dan menganalisis, duit oren yg aku kumpul itu sebenarnay adalah portion dari gaji aku jugak.. Rupa-rupanya, yang selama ni dok liat sgt nk simpan even RM100 je pun, teibe biler guna cara ni aku da simpan RM300 dari gaji sebulan aku tanpa sedar..Amazing kan??Seronok sangat biler tetiba cek da ade lebih dari 5keping duit oren..

So, kepada sesiapa yang cube untuk menyimpan bole la guna cara ni.. Bole rujuk kepada link blog yg aku attachkan kt atas supaya korg lebih paham..Aku ni cume tetsimoni dari idea dia..Hehehe..


Selamat Menabung Untuk Masa Depan Anda!!!Heheheh.. 

Wednesday, January 28, 2015

Play time at Kidz Paradise, Klang Parade!!!

Awal2 tahun cmni aku da mula sibuk.. Susah jugak kalo dok jauh2 ni sbb nnti kalo aku kene outstation konfom kene anto balik umah mama.. Kalo en. Hanafi dok skali, sng dia nk amik Rifqiy kt umah pengasuh kan.. Huhuhu.. Aku mmg xpenah tggal anak tdo kt umah Umi..

2 minggu aku tinggalkan kt umah Mama, risau pulak Rifqiy majuk ngn aku (he did once..sedih gila).. Tp awl2 aku da gtau Rifqiy yg dia kene dok ngn Tok Mama dia sbb mama keje jauh.. Mmg xrespon, tp manala tau kan Rifqiy paham..Hehehe..

Balik je dr Penang, aku trus plan nk ajk Rifqiy p indoor playground which dia leh main slides, swing, rides n pasir dgn cara selamat.. Heheheh.. Mmg aku penah ushar satu tempat yg mcm best tuk biau Rifqiy bermain.. Selalunya lalu je depan playground tu sbb Rifqiy masih kecil sgt n lum leh bermain.. Kalo p pn dia masih fragile..Huhuhu.. Bila da besau sikit ni, dia da leh gune sume physical movement ngn baik, leh la ajak dia p sini.. Lg sonok biler Qaiser join skali p main.. Even mama n papa dia keje, aku angkut skali Qaiser p main kt playground ni ngn Rifqiy..Hehehe..

Playground cmni bersepah sebenonya kt shopping2 mall.. Tp aku bawak Rifqiy n Qaiser p main kt sini sbb dia ade ruang berpasir yg selamat tuk kanak2 but still kene ade pemantauan dr ibu bapa kalo anak2 masih kecil n tend masukkan something dlm mulut..Kene alert selalu even ank2 da besau.. Salunya kalo playground cmni juz ade slide n bola2 tu je kn, tp aku nk Rifqiy n Qaiser p rase main pasir pulak.. Galakkan anak2 bermain sbb ia membantu anak2 kita develop psychomotor dorg.. Bila dia tgk mainan yg colorful, at de same time kita leh kenalkan mereka dgn kaler.. Budak2 suka kaler2 bright n mata mereka lebih fokus kpd kaler2 yg vibrant.. Msa bermain ni jugak la, parents n ank2 akan bonding.. Jgn biaukan anak2 main sorg2, cube involve n tolong mereka having fun same2, konfom sonok n dorg akan lebih puas bermain sbb ayah n mama dok same2 main dgn mereka.. Heheheh..

Keseronokan betul budak2 ni main..

Playground ni tajuknya Kids Paradise, letaknya kt Tingkat 2, Klang Parade.. Bayaran masuk pulak RM38/kid n entitle 2 adult tuk accompany..Leh main sepanjang hari.. Kalo nk kuar p tandas o nk makan dlu pn xpe, leh masuk balik biler2 masa.. Kalo bosan lama sgt, p shopping dulu then masuk balik pn bole..Hehehe..  Tp ada package lain yg kita leh pilih.. Aku pilih package entrance tuk 7x n harga jd RM150.. Kalo kira2, setiap kali masuk hanya bayar RM21 je.. Kebetulan aku bwk Qaiser, so jimat la.. Ada belen lg 5x nk main n valid selama setahun.. Ok la tu kn.. Pasni Rifqiy leh main lg kt situ.. 1 kid entitle 2 adult, but if terlebih org dewasanya, kene cas RM5/adult.. Wajib pkai stokin.. Kalo nk beli kt situ, kene cas RM4.. Kalo nk murah, p cari jap stokin kt Mr. D.I.Y yg mmg dekat sgt ngn playground tu..

Kt sini ade Baby's Room.. Kalo nk tuko diapers n nk wat susu leh la kt sini.. Kalo nk wat birthday party pn bole.. Ader bilik tuk sambut birthday but aku xsure pulak package dia camner.. So far, Rifqiy n Qaiser cm enjoy main kt cni.. Aku tgk bkn baby2 tu je sonok, ngn ayah2nya skali dok happy.. Hahaha.. Lpas ni kita dtg sini lg ye Rifqiy...Hehehe.. Meh blanje gambo sikit..

Main pasir.. Benam kaki n kenal bentuk..Hehehe..

Monday, January 19, 2015

Galakkan Anak Anda Makan..

Aku ade join satu grup kt FB n membawa ke grup wasap sbb katanya lebih mudah nk berkongsi pendapat sal mkn anak n dptkan idea tuk resipi anak2.. Mmg ianya agak membantu terutamanya tuk mama yg paranoid n penakut cm aku ni.. Heheheh.. Tujuannya grup ni salah satunya tuk menggalakkan anak2 makan..

Since Rifqiy start mkn, aku mmg asik bereksperimen.. Satu, tuk detect alergi Rifqiy on certain food.. Alhamdulillah, Rifqiy pass sume makanan..Telor n kacang, pass alergik.. Second, tuk bg Rifqiy kenal rasa.. Cmne rasa buah, cmne rasa sayur.. Aku nk elakkan Rifqiy jd picky eater, hanya mkn certain food yg sedap kt lidah dia je.. Third, untuk menambah nutrisi tambahan.. Maklumlah, Rifqiy antara baby yg unlucky sbb minum FM since he was born (sigh..he reject DF).. Forth, aku da determine nk bg Rifqiy homemade dish yg xde garam n xde gula.. Aku akan bg, cume kene tggu masanya..Heheheh

Antara menu Rifqiy

Sehingga berusia setahun, Rifqiy masih lg suka makan.. Kerana Rifqiy minat nk mkn, aku pn beria la masak pelbagai.. Dr puree buah n sayur, kepada bubur dan skrg ni da mkn bubur pekat sesuai dgn usia dia.. So, as mama cm mana nk kekalkan momentum galakkan anak2 makan? 

Tips kt bawah ni aku praktikkan tuk Rifqiy :

  • Pelbagaikan menu untuk setiap waktu makan - mcm Rifqiy, dia xbape gemar sgt kalo mkn tgh hari n mkn mlm dia adalah sama.. So, aku akan cube pelbagaikan menu tuk Rifqiy.. Mmg agak jenuh sikit, tp xpela asalkan dia nk mkn.. Sbg cth : masa Rifqiy 7 bln, puree da bole mix.. So, aku stim n blend je sume..Cm pg aku akan bg dia kentang n carrot.. Tgh hari aku bg dia keledek+kurma+barley n mlm aku bg dia kentang+batang saleri+carrot.. Keesokkan arinya aku reshuffle je puree tu mix n match dgn yg lain pulak.. Msa da leh mkn bubur, aku msk bubur tuk kegunaan sehari.. Tp pg aku akan bg puree buah atau sayur.. Then tgh hari aku wat kn bubur ayam, mlm pulak aku bg bubur dan sup kentang.. So, Rifqiy dpt menu berlainan most of de time.. Menu tetap bubur tp lauk je lain..Hehehe.. Skrg da ade gigi lg sng, xyh blend2 da..
  • Tetapkan penggunaan set makan anak - Rifqiy da tau da kalo aku bwk mangkuk atau bekas mkn dia, maknanya time tu adalah waktu mkn.. Biler aku bwk je bekas mkn dia yg da mula suam2 tu ke ruang tamu, Rifqiy da sedia tuk disuapkan.. Kdg2 smpai dia kejo kiter pulak, xsabar nk mkn.. Maknanya dia tau, bekas mkn yg mama pegang adalh tuk dia.. Penggunaan mangkuk atau bekas plastik adalah yg paling selamat berbanding penggunaan sudu besi.. Pastikan bekas tersebut BPA Free ye.. Hehehehe.. 
  • Makan bersama-sama - Rifqiy sgt suke biler dpt mkn same2 sbb biasanya baby ni tend nk rasa ape yg org dewasa mkn..Hehehe.. Kalo ayah dia balik n nk dinner, dia suka sgt dok same2 n mintak suap.. So, aku akan pastikan makanan tuk en. Hanafi n makanan tuk Rifqiy dpt disiapkan pd waktu mkn.. (menu bapak lain, menu anak lain..Fuhhhh!!!).. Dia akan duduk kt kerusi dia n enjoy his meal..Hehehe.. 
  • Pujuk anak-anak tuk mkn dgn lembut dan bukan paksaan - Gunakan suara paling lembut yg korg boleh buat.. Buat la mimik muka yg boleh menggalakkan anak2 bukak mulut.. Cthnya, nyanyi ke.. Reka la pe2 song yg wat anak leka n otomatik akan bukak mulut.. Cm Rifqiy, sentuh je pipi dia, dia da bukak mulut da.. Panggil dia lembut2, n try masukkan makanan dlm mulut.. Kalo dia tutup rapat mulut dia, jgn marah.. Sebaliknya, buatla aksi2 comel cm jdkan sudu as kapal terbang ke, ataupun jnji dgn dia nk main dgn dia ke lpas mkn..Hehehe..
  • Pastikan anak belum diberikan susu sebelum makan - Biasalah, kalo kita yg dewasa ni pn, kalo da kenyang nk mkn lg ke? Xnk kot kn.. So, biarkan perut dia kosong dulu baru la kita ajk dia mkn.. Perut baby mana la besar kn, besar penumbuk dia je.. So, jgn seksa perut dia yg kecil itu.. Jgn disebabkan takut kene marah dgn nurse anak dok kurus bdn xnaik2, kita sumbat susu.. Xhadam lg susu kita da ajak dia mkn pulak.. Biarkan perut dia masih ader ruang tuk diisi.. Dlm sejam lpas minum tu da leh try bg mkn..
  • Warna. rasa dan bau - Ketiga2 kombinasi ni memainkan peranan penting tuk penyediaan makanan anak2 yg agak picky ni.. Kalo bole, pilih la menu yg mempunyai kombinasi kaler yg menarik.. Cthnya; Bubur carrot+brokoli+jagung.. Kalo da start menumis, pastikan bau masakan td tu membangkitkan selera anak2.. Cm aku mmg akan tumis bawang merah n putih tuk wat sup ayam.. Mmg Rifqiy's favourite.. Kdg2, aku watkan bubur yg ala2 nasi ayam.. Bkn susah pn.. Juz buh mentega dan halia, da bau wangi da nasi tu.. Also Rifqiy's favourite..Hehehe..
  • Time makan yang tetap - Kene tetapkan waktu mkn anak2.. Aku biasanya akan bg Rifqiy mkn 3x sehari.. Kalo p umah Umi pn aku bekalkan 2 bekal.. Tuk bfast n tuk lunch.. Minum ptg baru2 ni je aku bg Rifqiy..Hehehe.. So, far xde masalah la..Hehehe.. Elakkan dr memberi mkn secara xteratur.. Kejap bg bfast, kejap x.. Lunch kejap awl, kejap kang lmbt.. Cube tuk tepati masa makan anak2 ye..Hehehe.. Bkn ape, nnti anak2 keliru dgn waktu mkn dorg..
Rifqiy oder makan..Tp mama yang makan..Rifqiy mkn bekal je..hehehe

Ini hanyalah tips n berkesan ke atas Rifqiy..Hehehe..Mgkin byk lg approach yg leh digunakan tuk kekalkan momentum anak2 nk mkn.. Kita, mama2 ni juz kene kreatif n rajin sket la kot ek.. Hehehe.. Biasalah, da ade anak ni kepala da xingt len.. Kita lapar xpe, jgn anak2 xmkn..Hehehe.. So, mari galakkan anak2 makan dgn air tgn sendiri k!!!