Nuffnang Ads

Tuesday, July 14, 2015

Kaya Mengeluh..Miskin Pun Mengeluh..

Selama lebih kurang 5 tahun selepas graduate, tipu la kalo aku tak pernah mengeluh pasal kos sara hidup, tipu la kalo aku tak pernah berangan nk penuhi kehendak dan bukan setakat membayar n membeli barang keperluan..Malah, tipu juga la aku kalo aku tak pernah terfikir nk naikkan duit bulanan yang aku bagi kt mama n ayah setiap bulan.. 

Hidup sebagai pemegang segulung Ijazah Pengurusan Pelancongan dan Hospitality dari sebuah universiti swasta tak pernah janjikan yg aku akan hidup senang tanpa usaha..Plus, aku sndri rase rendah diri sbb aku kene bersaing dgn rmai lg pemegang ijazah dr universiti awam dan universiti2 swasta yg da xterkira kt Malaysia ni..

Cumanya, aku sgt bersyukur dalam tempoh itu aku telah mempunyai kerja tetap berbanding rakan2 lain yg masih mencari kerja dengan gaji yang selesa..Selesa maksud aku mampu nk sewa rumah (asalkan kita selesa nk duduk), bayar keperluan itu n ini.. Tp hidup kt bandar mana la bole nk jangka kn.. Harga barang biasanya diluar kawalan.. Bkn kt bandar je terasa sempit yg dok kt ceruk kampung cm aku ni pn terasa sendat..Tp nk wat cmne kn.. Rezeki aku ni disini.. Jgn kata untung aku dok kawasan kampung cm Hulu Selangor ni kos sara hidup xterasa..Beras yg aku mkn sama yg org bandar mkn, ikan yg aku beli pn sama je jenisnya, sayur, minyak, pampers anak, susu anak, sume sama mcm yg org kt bandar nu pakai.. Sama je, aku pn tak leh lari dari membayar lebih tuk keperluan sehari2-an..

Kenyataan hidup kt Malaysia dengan nilai Ringgit yg makin merundum, charges itu dan ini, yg kdg2 hampir menjerut leher di ujung bulan, mmg cabaran yg bukan sedikit tuk kita tanggung.. Mengeluh? Tipu la kalo xmengeluh kn.. Konfom mengeluh panjang bila ujung bulan duit gaji tak de belen tuk menyimpan..Pasal tu aku suka kalo bab2 menyimpan dan bayau utang ni tolak trus dr gaji aku supaya duit gaji aku lak wat keje bayau itu dan ini secara senyap..So, dalam akaun aku yg tinggal 3angka tula yg aku buat tuk nyambung hidup termasuk dengan upah pengasuh, duit minyak keta dan juga keperluan dapur yang perlu ditambah apabila perlu..

Kahwin dengan lelaki kaya bukan jln penyelesaian.. Itu penyelesaian untuk masalah kewangan je.. Tp masalah jiwa dan hati tu leh selesai ke? Percaya la, ape yg kita lalui sekarang ni adalah disebabkan kedudukan ekonomi kita yg agak terumbang ambing sikit..Aku percaya, org2 atas yg tau sgt  buat kerja tu sdg fix kn prob kita..hope so benda ni xberlarutan la kn.. (takut tinggal harapan je...).. Suami aku pn bukannya org kaya, bkn dr latar belakang org kaya tp alhamdulillah, dia pandai berjimat even dia kene bayar sebahagian besar dr bil dan komitmen..Hehehe..

Aku rasa cukup la aku membebel2 pasal keadaan hidup skrg.. Redah jela..Korg rase yg kaya2 tu xngeluh ke?Dorg pn kene bayau tax itu n ini tau..Kene bayau gaji drebar lg, org gaji lg, minyak kereta kene isi tuk 8bijik keta kt garaj nu ha.. Kalo pkai handbag cm kita gred AAA ni mau xkene gelak..Kene beli tiket kapal terbang lg nk beli handbag ori, new arrival..Korg ingt dorg layan ke Carlo Rino yg korg beli n bangga dengan hrga RM300++ tu???Haaa...Payah tau jd org kaya ni.. Bak kata pak2 menteri, kalo xsuke dok Malaysia, kuar jela dari Malaysia.. Kalo nk hrga minyak petrol rendah dgn subsidi, dok negara lain..Apa susah..Pilihan sentiasa di tgn kita..Betul x.. (feeling sarcastic..heheheh..)