Nuffnang Ads

Monday, November 9, 2015

Apabila Mama Mengandung Lagi....

Bila aku n en. Hanafi decide tuk membesarkan legasi keluarga kami, sebenarnya banyak jugak yg kami kene fikir.. Bukan nk menolak rezeki Allah, tapi family planning kan dituntut supaya bukan kuantiti yang diisukan tetapi kualiti dalam kita membesarkan anak-anak sekaligus membentuk keluarga kita kn..

Masa aku n en. Hanafi terima berita gembira (sebelum tu da wat UPT n its POSITIF!!!) kami mmg da tersenyum lebar.. Manalah tau kn jd mcm kes masa awal2 mengandungkan Rifqiy dulu.. Aku mmg ade perangai buruk, suka cek UPT sebelum tiba menstrual..Kihkih..Saje nk excited awal konon.. So, masa tu aku mintak en. Hanafi beli UPT digital brand CLEARBLUE n masa tu jugak, clearly keluar result said 2-3 week pregnant..Mau tak meloncat en. Hanafi masa tu..Hahaha.. Dan2 tu jugak la, dia cakap dia akan balik malam tu n akan wat confirmation kt klinik.. Sadly, bila sampai kt klinik, dengan UPT jenis cassette tu, de double line xnampak terang..Mmg patut pn kot sbb aku cek before tarikh period sebenar..Kihkihkih..Frust punya pasal, aku wat confirmation selepas 8minggu Rifqiy dalam perut, n bila scan da nampak jantung dia berkelip2..(terharu gila time tu....)..

'Ter' throwback pulak masa mengandung first time dulu.. Now, Rifqiy pn da 2 tahun..Sekejap betul masa berlalu.. So, bincang punya bincang, kami bercadang nk menambah ahli keluarga.. Sementara badan masih ader sisa tenaga ni, baik la kami fikirkan masa hadapan kan..Hehehe.. Kebetulan, rezeki Allah nk bagi cepat, kami TTC tak lama pun..Bila nampak UPT double line, kami mmg excited n at the same time ade perasaan cuak..Hehehhehe..Kenapa cuak??

1. Ilmu Parenting yang cetek
Aku tak nafikan yang ilmu parenting takkan habis sampai la aku tutup mata.. Ilmu parenting bukan setakat beli buku2 parenting yang tebal2  kt Popular Bookstore atau MPH n baca sehingga khatam.. Bukan juga setakat mengambil pengalaman dari ibu-ibu lain dan ikut je cara dorg membesarkan anak.. Malah, petua2 orang tua pun belum tentu cukup tuk melancarkan perjalanan kita menjadi ibu bapa yang terbaik tuk anak-anak kan.. Semuanya melalui pengalaman.. Kutip selagi boleh..Dalam kes aku dan en. Hanafi, alhamdulillah Rifqiy macam faham yang kami terpaksa duduk berasingan kerana kerja, dia mmg tak banyak kerenah, jarang mengamuk dan jarang tantrum dia sampai tahap tak boleh di handle.. Tapi bukan bermakna ianya senang dan mudah tuk aku.. Sometimes, bila Rifqiy demam dan merengek sepanjang malam, aku sendiri cuak.. Pernah, Rifqiy dijangkiti HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease), masa tu mmg aku sorg yang handle Rifqiy.. Tanpa berlengah, aku sorg2 bawak Rifqiy p klinik pakar n cek even masa tu da cuak gila tgk mulut Rifqiy mula naik ulser.. Kalo ikutkan cuak n tak berani, mmg aku tggu en. Hanafi je drive p klinik pakar.. Tp percaya la, bila demi anak2, da takde perasaan tak berani tu.. Janji anak sihat, itu je dalam kepala... Kadang-kadang aku terfikir, betul ke cara aku jaga anak? Kalo sorg bole la lagi nk urus, kalo da dua......????? Hmmmm..

2. Adil terhadap anak pertama
Rifqiy adalah cinta pertama kami.. Yang mengikat aku n en. suami menjadi lebih bertanggungjawab membentuk keluarga.. Maka, sebelum kami tersenyum bakal menerima orang baru lagi, aku da jnji dengan Rifqiy dat dia akan jadi abang yg terhebat n aku akan berlaku adil pada dia.. Takde istilah abang lebih atau adik lebih.. Doakan aku menjadi mama yang adil ek..Hehehe.. Sepanjang pregnant anak kedua ni, mmg agak mencabar jugak la..Maklumlah, org2 tua kata, anak2 kecil kalo nak dapat adik, dia akan wat perangai sket.. Rifqiy pun mcm tu jugak.. Dengan badan penat, sorg2 nk handle, kadang-kadang mmg akan rasa pissed off gila..Tapi selalunya, aku amalkan satu cara n cara tu berkesan ke atas aku.. Bila Rifqiy buat perangai sampai la aku rasa nak marah sangat2, aku terus peluk dia.. Aku berusaha untuk tak terlepas marah kat dia.. Bila aku buat mcm tu, serta merta rasa marah tu hilang.. Seriusly, aku jadi cool.. Kt dalam rumah tu hanya ade aku n Rifqiy.. Aku jaga Rifqiy, Rifqiy jaga aku.. Aku taknak tido dengan kekesalan.. Aku taknak menangis mintak maaf sewaktu Rifqiy tido dan esok lusa aku buat lagi benda yang sama.. Aku nak tido dengan bangga yang aku berjaya menahan marah.. Biau hati Rifqiy tak terluka (even dia hanyalah kanak-kanak berusia 2 tahun).. 

3. Adil terhadap anak kedua
Disebabkan sudah banyak kasih tercurah untuk yang sulung, aku harap2 dan selalu berdoa yang aku akan berlaku adil untuk yang kedua.. Bagi aku, takde istilah 'kurang excited' apabila aku mengandung buat kali kedua.. Aku masih excited dan teruja.. Heheh.. Terutama sekali dalam persediaan menyambut baby ni.. Rase semua nk yang baru tuk dia.. Haha.. Tapi disebabkan baju Rifqiy masih nampak baru dan elok, aku n en. suami decide tuk lebih tumpukan pembelian barang-barang yang lebih crucial mcm babycot dan juga soft structure carrier (SSC).. Senang nanti nk letak, takdela kene elak-elak dari terkena "kereta-kereta" Rifqiy yg dok parking bawah tangga tu.. In shaa Allah, aku berazam, ape yang pernah kami beri pada Rifqiy sewaktu Rifqiy masih bayi, yang kedua ni pn akan menerima perkara yang sama..Doakan tuk aku ye.. ;0)

4. Ekonomi keluarga
Mmg betul setiap anak tu membawa rezeki masing-masing.. Masa mula2 tu kami agak takut dengan perbelanjaan yang akan kami spend sekiranya nak membesarkan keluarga.. Tapi berbalik kepada konsep "kalo tunggu duit cukup, mmg tak bertambahla..." makanya aku n en. Hanafi hanya berserah.. Rezeki Allah ada di mana-mana dan diberikan pada bila-bila masa yang kadang-kadang tak terduga kan.. Dengan ekonomi yang terumbang ambing mcm sekarang ni, mmg sakit kepala pikir.. Tapi aku yakin, rezeki anak ini akan datang juga.. Dan alhamdulillah, mmg kami dapat berita baik dan yakin, ini adalah rezeki anak-anak kami.. Bukan sikit yang perlu diambil kira.. Dengan susu, pampers, pengasuh, mmg sume kene bayar.. Tp jangan mengeluh sebab kita sentiasa ade option kan..Kalo sebelum ni kita bayar sekian2 amount, bila anak dua, nk kene double pulak.. So, percaya jela, kalo kita fikir susah, makanya susah la jadinya.. Mcm yg en. Hanafi ckp, bukan kita tak cukup duit, juz kene jadi bijak dalam pengurusan duit kita sendiri.. Mana perlu dan mana kehendak.. Belajar dari awl n kita akan dapati ianya tidak sesuah mana.. Chill!!!Hehehhe

5. Masa
Kalo sekarang ni aku hanya menguruskan Rifqiy.. Start dari jam 6.15 pagi, aku trun bawah n masakkan bekalan breakfast n lunch tuk Rifqiy.. Selalunya semua setel dalam jam 6.45 pagi.. Siap mandikan Rifqiy (bergantung dengan kerenah bangun pagi Rifqiy) dalam kul 7.30 pagi n siap hantar Rifqiy sume dalam kul 7.45 pagi n trus aku ke opis n punch kad..Belah petang sampai ke malam mmg melayan dia jela.. Harap2 aku bijak la uruskan masa bila anak da dua nanti.. Hal umah bersepah tu, aku rase sume mommy pun hadapi benda yang sama cm aku..Hahahhaha..Kalo nk ckp tak sempat mekap, maknanya aku kene bangun lebih awl la dr yang skrg ni..Hahahahha..

This is ape yg aku cuakkan ketika aku diumumkan mengandung lagi.. Cuak, excited, bangga n terharu..Sume bercampur aduk.. Kadang-kadang mmg ader perasaan xyakin dengan diri sendiri.. Am I A Goof Mother???Answer yourself..........hehehe