Nuffnang Ads

Wednesday, August 26, 2015

Pentingnya Membaca Bersama Anak

Haaa...Kali ni saje je nk kgsi sket ilmu parenting.. This time aku nk share pasal membaca.. Rata-rata ibu bapa kt Malaysia mmg tak sempat nak membaca bersama anak2 mcm yg selalu kita tgk dlm citer2 omputih tu kn.. Selalunya mmg omputih akan ade slot 'bedtime story' ngn anak2.. Tujuannya, tuk spend quality time dengan anak2 lepas seharian dok kerja cari duit kan..Bukan tu je, dalam buku parenting pun ade bgtau yang membaca bersama anak akan meningkatkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa (lupe sumber dr buku mana)..Berikut adalah pandangan aku untuk membaca bersama anak-anak yang berumur kurang dari 3tahun..

Rifqiy belum tahap faham dengan cerita-cerita rakyat atau pun cerita-cerita haiwan yang kompleks.. Tapi aku mula belikan buku ABC, 123 yg hardcover tu dari dia umur 6bulan.. Buku hardcover atau softbook yg dr kain tu kan warna-warni dan xmudah koyak, senang sket nak jaga (xdela Rifqiy kene papercut..Hehehe) .. Jgn ckp umur 6bulan tu terlalu awal dan membebankan untuk dia mula belajar..Sebenarnya pada peringkat ini, baby sgt sng absorb benda-benda baru dan biasanya baby senang nk dibentuk pada peringkat ini.. Tp jgn paksa dia..Cukup sekadar dia kenal buku dan dalam buku ada banyak benda warna warni..

Rifqiy's 1st book - softbook pasal duck..Hehehe..

En. Hanafi mmg sgt rajin la belek2 buku tuk baby ni.. Biasanya buku2 hardcover ni boleh tahan jugak harganya sampai satu masa aku rasa nk cari pic kt tenet and buat sendiri je..Hahaha.. Tp disebabkan kekangan kelas (sem ni bz sket sbb ngajo 28jam seminggu..) so, aku pendamkan jela cita2 nk buat buku Rifqiy sendiri tu.. Satu hari, bila pergi bookstore, kami sepakat nak bg Rifqiy kenal haiwan pulak.. Cari haiwan yang common je mcm cow, chicken, cat, dog.. We found it sbb mmg buku animal tak susah pun nak cari and kami trus beli..
Ni la buku "Mooooo" febret Rifqiy..hehehehe

At first, Rifqiy mmg tak kisah sangat dengan buku.. As usual..But disebabkan aku ni mmg tolak mentah-mentah idea 'tarik perhatian anak dengan gajet' bila Rifqiy bosan, aku kene la bawak siap-siap buku ni untuk Rifqiy tgk2 bila kami ader family outings..Even nek flite pun aku bawak jugak buku hardcover ni.. So, bila Rifqiy start gelisah je, buku tu pun berfungsi la sepenuhnya.. Bila sebut 'snake' mula la aku ngn en. Hanafi dok wat gaya snake with sound (sssssssss...), cow (moooooo), tiger (aummmmm) and mcm2 lg bunyi dan gaya.. After few times, it works!! Rifqiy mula cari buku tu and tunjuk haiwan yang dia nk dengar sound n tgk gaya.. And guess wat??He called de book as "Moooo" sbb dalam buku tu ader cow (mooooo).. So, biler dia sebut n cari "Moooo" je kitorg tau dia nk membaca..Hahaha.. Skrg ni Rifqiy da khatam da buku tu.. He is able to do de sound with gaya if we asked him to do so.. ~Alhamdulillah~

Bila dekat rumah, jgn letak buku baby sebaris dengan buku kita.. Letak dekat kawasan dia selalu main.. Rifqiy pun asal nampak je buku tu, dia akan bawak kt aku n mintak aku bacakan.. Tak lama pun.. Biasanya it takes bout 5minit (max) sebelum dia mula nak main mainan yang lain pulak.. Jgn paksa.. Tuk peringkat mcm Rifqiy (1-2years) dia akan mudah distracted dengan benda-benda lain.. Cuma, kalo ade peluang, bagi la anak-anak kenal buku..

Skrg da start nk menconteng..

Biasanya baby akan berkembang seiring dengan usianya.. Terutamanya dari segi pertuturan dan peningkatan vocab baby tersebut.. Kdg2 baby bole keluarkan bunyi seakan-akan pertuturan biasa tetapi tak paham ape maksudnya.. Dats why, aku n en. Hanafi cuba latih percakapan Rifqiy dan memahaminya melalui buku.. Bukan sekadar harapan Rifqiy belajar dari cara kami bercakap dan bersembang dengan dia.. Bila dia nampak bentuk, rupa secara fizikal, dia akan lebih paham apa yang dia nampak dan cakap.. Bila dia nampak cow, Rifqiy able tuk buat sound 'mooooo', means dia da familiar dengan rupa cow, bukan setakat dengar kami cakap 'cow' and de sound mestila 'mooooo' tanpa pernah melihat rupa cow itu..Heheheh..Umo da Setahun 7Bulan ni byk jugak la word dia tau n sebut..

Bila Rifqiy mula pandai geledah rak buku kami, aku tak pernah biarkan Rifqiy sorg2 n bole buat apa saje yg dia suka dgn buku asalkan dia diam.. Nope.. Dari kecil aku n suami diajar hormatkan buku, so, anak-anak kami pun kene belaja benda yang sama.. Aku akan halang Rifqiy dari koyak n komotkan buku, bgtau dia buku tak boleh dikoyak2, dipijak2 atau dikomotkan.. Biar pun Rifqiy tak pernah respon samada dia faham atau tak, tp aku yakin Rifqiy terima maklumat yg aku selalu bgtau dia.. Skrg ni, Rifqiy masih belum pernahkan koyakkan buku atau majalah even buku tu bukan hardcover.. 

Tips :

  1. Jgn rajin belikan buku untuk anak-anak dan harap anak akan baca sendiri.. Pada peringkat ini, ibu bapa perlu temankan anak-anak, baca sama-sama supaya mereka biasa dengan buku.. 
  2. Masukkan buku favourite baby dalam 'busy bag' bersama-sama dengan favourite toys supaya anak-anak tak cepat bosan.. Bila anak bosan, bacakan buku untuk dia, bukan anak baca sendiri..
  3. Elakkan membaca dengan menggunakan gajet.. Belilah 'physical book' untuk anak-anak pegang dan baca..
  4. Untuk peringkat baby, jgn cari buku yang kompleks.. Cukup sekadar satu gambar untuk satu muka surat dengan kelebaran buku yang munasabah..
  5. Carikan buku untuk baby dengan tajuk yang sgt common..Cth : my body (tubuh badan saya), farm animal (haiwan ternakan) dan lain-lain.. Sekiranya anak-anak sudah khatam, berikan dia buku lain dengan kompleksiti berperingkat.. Cth :kenali bunga, hidupan liar dan lain-lain..
*tips tuk membaca bersama baby, bkn anak yang bersekolah


Ini adalah carta membaca untuk anak-anak yang sudah bersekolah..


Kita memang kadang-kadang tiada masa untuk membaca bersama anak-anak.. Curi dan cari la masa itu kerana impaknya mmg besar.. Hanya 20minit!!! Bonding time bukan sahaja apabila kita menghabiskan masa di luar rumah, malah boleh dilakukan secara indoor dengan membaca..  Cuba la dan praktikkan.. Sometime, mmg aku terfikir, jaga anak ikut buku (parenting, psikologi anak-anak etc) mmg xrelevan..Kita selalu ajar anak ikut keadaan dan pengalaman lampau tok nenek kita..But sometime, ada yg mampu kita praktikkan dr buku dan ia mmg sgt bermanfaat, why not??Hehehe.. Tepuk dada, tanya diri.......

No comments:

Post a Comment