Nuffnang Ads

Monday, April 22, 2013

Jom try resipi Krim Puff

Pernah makan krim puff x..?Ritu, aku ader ajar kursus pendek pembuatan krim puff kt Sekolah Menengah Sg. Choh, Rawang..Rata2 mmg tau n penah tgk krim puff ni..So, dorg ni punyer la excited nk belajo cara nk wat krim puff ni..Yela, krim puff ni kn manis2 rasenyer..Kuih moden..Hehehe..Tp satu je yg xbest, kos nk wat krim puff ni agak la mahal..Pe2 hal, meh kiter try dulu wat ikut resipi Kak Ji (kakak kt kolej aku ni ha..) cara2 nk wat krim puff..Hehehehe

Bahan-bahan tuk wat pastry (bahagian puff)
  • 170g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 115g butter
  • 285ml air
  • 3 biji telor
  • 1 sk esen vanilla
* diayak bersama supaya tepung halus dan sebati

Cara-cara nk wat bahagian puff:
  1. Panaskan oven dgn suhu 180 – 200 darjah celcius.
  2. Masukkan mentega ke dalam periuk/kuali bersama air lalu didihkan. Boleh masukkan secubit garam jika suka.
  3. Masukkan tepung, kacau rata sehingga adunan tidak melekat pada periuk/kuali.
  4. Angkat periuk/kuali dari api dan salin adunan ke dalam mangkuk. Biarkan sejuk. (boleh siapkan krim kastard sementara menunggu adunan sejuk)
  5. Selepas adunan sejuk, masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan esen vanilla. Terus pukul.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping beg dgn nozzle berbentuk bintang/bunga. Tekan ke dalam dulang pembakar.
  7. Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  8. Biarkan ia sejuk sedikit sebelum dibuat belahan. Isikan dgn krim kastard.
Td tu cara2 nk wat bahagian puff dier..Skrg ni aku nk kongsi cara wat krim kastard dier lak..


Bahan-bahan tuk wat krim kastard :
  • 4 biji telur
  • 130gm gula halus
  • 5 sb tepung gandum
  • 5 ½ sb tepung kastard
  •  330ml susu cair*
  • 330ml air*                     
  • 3 sb susu pekat manis*
  • 1 sk mentega
  • 1 sk esen vanilla
** dididihkan bersama

Cara-cara wat krim kastard :

1. Pukul telur, gula, tepung gandum dan tepung kastard di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan susu cair dan susu manis yang dididihkan bersama air ke dalam periuk.
3. Masak di atas api kecil sehingga pekat dan masukkan mentega dan esen vanilla
4. Sejukkan. Tutup periuk krim kastard dengan plastic untuk elakkan kastard keras di bahagian atas.



rupa cream puff sebelum masuk oven..
Kalo nk senang, masukkn gak krim kastard ni dlm piping bag..biau senang nk injek masuk dlm puff..Kalo guna sudu pn boleh, tp jadi bersepah sikit n comot la (kalo aku wat)..hehehe..So, try la k..Masukkn dlm fridge bg sejuk sket..Mmg best makan sejuk2 sikit..Hehehe..Selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment