Nuffnang Ads

Monday, April 20, 2015

Nervous Berdiving...

Seriusly, sebenarnya aku sgt rindukan underwater world.. Cewaaaahhh.. Pengalaman kali ni saje aku kongsikan lambat sikit sbb baru la skrg aku paham knp ramai yg pilih diving tuk hilangkan stress.. Ada tu sampai addicted tuk dive, dive, and dive.. Mana tak nya, selain menikmati ciptaan Allah yg gojes di atas daratan, aku sgt kagum dengan ciptaan Allah di bawah lautan ini.. Subhanallah.. Sungguh cantik dan sgt tenang.. Rupanya, diving bole membuatkan kita rindu.. Hehehe

Cerita sal hal diving ni, aku mengaku la aku bkn dari kategori peminat sukan risiko tinggi atau lasak, terutamanya yang melibatkan air.. Aku tak reti berenang!!! Oh mai, biler ketua program suruh aku bersedia dengan kursus diving, jangan ckp aku xlena makan, tido pun aku tak lalu.. Punya la berdebar.. Takut tenggelam yang takkan timbul (nauzubillah..dan Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan bernafas pada hari ini).. Punyala aku menggelupur cmne nk mempersiapkan diri nak diving ni sedangkan kawan2 aku lain yg join sama rasanya tak la se'nervous' aku..

Ketua program aku propose untuk kami mempunyai lesen diving supaya kami mempunyai lesen professional yang akan meyakinkan pelajar yg kami adalah diver terlatih.. Dan lokasi diving itu adalah Pulau Tioman.. Kalo bukan kerana lesen diving, aku pasti da meloncat happy.. Tp memikirkan tentang diving, perut mula la tak sedap..Adehhhh..
Aktiviti Diving

Aku memulakan kursus diving dgn beberapa exercise yang dipraktikkan sewaktu berada di dalam air.. Masa first time masuk air, oh mai...Nak meletop jantung akak!!!!Tatooooottt....Bahaya sekiranya kita main terjah je terjun laut dan trus ke dasar.. Dari cara pemakaian regulator, sehinggalah kami berenang sehingga kedalaman 21m ke dasar laut.. Sukar untuk aku gambarkan betapa aku seronok dan happy dapat peluang diving tu.. Mmg penat sikit la.. Maklumlah, tong oksigen tu bkn ringan.. Berat wooooo... Siap kene tambah 4kg  weight lg kt pinggang.. Day 1st, mmg sakit punggung wei.. ianya sgt membebankan..Huhuhu..

Pengalaman paling takleh lupa bila aku sendri dapat tgk anemonies, hawksbill turtle, mcm2 fish warna warni.. Dapatla aku tgk karang dari jarak dekat.. Mmg menakjubkan..Huhuhu.. Aku sndri tak percaya yang aku berjaya lakukannya.. Sampi hidung pun berdarah2 bawah laut tu.. Penuh mask aku dgn darah kt hidung, tp rupanya diving boleh memecahkan sinus yang terkumpul di T-Zone.. Ok la tu kn.. Banyak yang aku dpt sepanjang 4 hari aku berdiving kt sini..
Kene dengar dive master briefing dulu..

Memang takde keje lain kt sini selain diving dan makan..Diving dan makan..Hahaha.. Tak caya?Aku pun mula2 tak percaya, tapi lepas sehari kt Tioman, mmg masuk air, makan......Ptg masuk air lg, mkan lg.. Mlm2 tak pikir ape da selain TIDO!!!!Hahahaha... Diving memang agak mencabar terutamanya yang memerlukan pertolongan mcm aku ni..Tapi satu je motivasi aku masa berada kt bawah tu, aku nk enjoy tgk ape yg ada bawah laut sbb aku tak tau bilakala la lagi aku boleh diving.. Paraturan diving is, jangan diving berseorangan dan jangan sampai hilang kawan2..Perghhhh.. takut wei kalo dok sorg2 bawah laut tu.. Uwaaaaaaaa...
Aku bawah laut...

Alhamdulillah, lepas mengharungi pelbagai ujian dalam diving, Dive Master kitorg announce la yg semua lecturer, dpt lesen diving!!!Weeehoooo.. Officially, licenced diver (baru open water je)..Kihkih..

No comments:

Post a Comment