Nuffnang Ads

Friday, February 15, 2013

Batu Permata Dan Bulan Kelahiran

Aku ader baca majalah mengenai batu permata yang sesuai mengikut bulan kelahiran..So, kt sini aku nk kongsikan sikit ape yg aku baca la ye..Mana la tau kn ader di antara korg yang berminat ngn batu permata atau terpikir2 permata yang mana yg sesuai tuk korg jadikan hadiah untuk beday org yang tersayang kn..hehehe..Check dis out!!!

January..
GARNET

Garnet ni adalah dr keluarga nesosilicate dan biasanya berwarna merah gelap..Garnet mempunyai skema kaler dr tidak berwarna kepada hampir hitam..Boleh terjadi dlm semua kaler kecuali biru..
Garnet biasanya dijumpai di US, Afrika Selatan, Argentina, Australia, Brazil, Myanmar, Scotland, Swiss dan juga Tanzania..Kekerasan batu dari jenis ini adalah sekitar 6.5-7.5 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Garnet boleh di bersihkan dgn menggunakan air sabun suam dan berus dgn berus yang lembut..Pembersih ultrasonic adalah selamat untuk kebanyakan Garnet..

February..
AMETHYST
Amethyst ni merupakan permata yang paling bernilai dalam keluarga quartz..Kualiti amethyst yang terbaik mempunyai kaler gelap, ungu kemerahan sehingga la lilac pucat..Ia juga boleh ditemui dalam kaler hijau pudina..Sesetengah amethyst yang berwarna pucat hampir tidak berwarna pada waktu siang..
Amethyst digali di seluruh dunia dan mojoriti datang dari Australia, Brazil, beberapa negara di Amerika Selatan, Zambia, Korea Selatan, Rusia, India, Kanada dan US juga turut menghasilkan amethyst..Kekerasan batu dr jenis ini ialah 7 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Amethyst boleh dibesihkan menggunakan air sabun suam dan berus lembut..Pembersih ultrasonik boleh digunakan tetapi perlu la berhati2 kerana ia boleh merosakkan batu tersebut..Amethyst akan menjadi pucat sekiranya dibiarkan terkene sinaran matahari..

Mac..
AQUAMARINE
Aquamarine adalah tergolong dalam keluarga beryl..Mempunyai pelbagai skema kaler biru, dari kaler yang mempunyai bayang2 kebiruan, sehinggala biru kehijauan dan kaler teal..Aquamarine yang paling bernilai mempunyai kaler deep-blue-aqua kaler..
Aquamarine dijumpai di US, Colombia, Brazil, Rusia, Afrika Selatan, Rhodesia, India, Pakistan, Zambia, dan Ceylon..Kekerasan Aquamarine ialah 7.5 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Aquamarine juga boleh dibersihkan menggunakan air sabun yang suam dgn berus lembut.. Pembersih ultrasonik boleh digunakan tetapi perlu berhati2 untuk mengelakkan kerosakkan pada batu..


April..
DIAMOND
Kebanyakan diamond mempunyai lingkungan kaler dari hampir tidak berwara kepada kuning pudar atau coklat..Kejadian semulajadi kaler seperti biru, kuning, hijau, pink, dan merah adalah sgt2 jarang ditemui dan harganya sgt mahal..So, color enhancement digunakan untuk mevariasikan kaler pada diamond..Kaedah tersebut memerlukan tembakan laser, dan pemanasan..Ini adalah kaedah biase dlm industri diamond dan dianggap sbg 100% diamond tulin..Nilai diamond boleh dinilai dr segi potongan, kaler, carat dan kejelasan..
Diamond boleh didapati di Australia, Republic of Congo, Kanada, Rusia, Afrika Selatan, Bostwana dan Namibia..Kekerasan batu adalah 10 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Diamond seharusnya disimpan berasingan dgn barangan kemas yang lain..Sgt2 digalakkan untuk menyimpan batu tersebut dlm bekas dr baldu sutera..Boleh dibersihkan dgn steamer, ultrasonic dan air sabun suam..

May..
EMERALD
Emerald adalah tergolong dlm keluarga beryl..Skema kaler adalah dr kuning hinggalah hijau rumput, bebayang gelap berwarna hijau dan kebirua2an..Emerald merupakan batuan lembut mengikut standard barangan kemas..Emerald tidak seharusnya dipakai for everyday wear..Kebiasaannya batu jenis ini dirawat untuk mengurangkan risiko retak, dan meningkatkan kejelasan batu tersebut..
Emerald biasa didapati di Amerika Selatan, Mesir, Brazil, Afrika Selatan, Pakistan, Eropah dan Rhodesia..Emerald terbaik masih lg dijumpai dan dikuasai oleh Colombia..Kekuatan emerald ialah 7.5-8 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Emerald sgt memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti..Pemakai perlu berhati2 ketika memakai atau pn ketika melakukan pembersihan batu..Emerald seharusnya dikilat kn secara berkala setiap tahun secara professional..

Jun..
PEARL
Pearl adalah unik kerana mempunyai kaler gelap semulajadi..Ia mempunyai beberapa skema kaler gelap seperti silver, kaler seperti abu arang, kaler seakan2 hijau atau pn hitam-jarang ditemui..
Pearl dipelihara di Jepun, Persian Gulf, China, Australia, Tahiti, dan juga US..Ianya sgt lembut iaitu 2.5-4.5 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Pearl adalah sgt fragile..Ia seharusnya disimpan secara berasingan..Pembersihan boleh dilakukan dgn menggunakan kain lembab dan air sabun tetapi tidak boleh menggunakan ultarsonic cleaners..



July..
RUBY
Rubi tergolong dalam keluarga corundum dan sebenarnya adalag sapphire yang berwarna merah..Ruby mempunyai kaler yang pelbagai iatu dr merah-pink pucat sehinggalah ke merah keunguan yang gelap..Kebiasaannya Ruby dirawat untuk meningkatkan lg kecantikan warnanyer..
Ia boleh didapati di negara seperti Myanmar, Pakistan, Vietnam, Thailand, Laos, dan India..
Cara nk jaga:
Boleh dibersihkan menggunakan steamer dan jugak pembersih ultrasonik..

Ogos..
PERIDOT
Peridot merupakan batuan berwarna hijau lime atau buah zaitun yang transparent..Ia merupakan batu yang mempunyai satu jenis kaler shj-Hijau..
Ia boleh dijumpai di Pakistan dan Afghanistan..Juga di Myanmar, China, US, Afrika, Amerika Selatan dan Australia..Ia mempunyai kekerasan 6.5-7 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Boleh dibersihkan menggunakan air sabun yang suam..Pembersih ultasonik tidak boleh digunakan


September..
SAPPHIRE
Sapphire adalah dr keluarga corundum..Ia mempunyai pelbagai skema kaler termasukla kuning, pink, oren, hijau dan ungu..Sapphire berwarna biru adalah yang selalu terdapat di pasaran..Ia selalunya dirawat untuk menyerlahkan kecantikan warnanya dan kejelasan batu tersebut..
Sapphire dijumpai di India, Myanmar, Ceylon, Thailand, Vietnam, Australia, Brazil dan Afrika..Kekerasan sapphire ialah 9 mengikut Mohs' scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Boleh dibersihkan menggunakan air sabun suam..Pembersih ultrasonik juga boleh digunakan..


Oktober..
TOURMALINE

Tourmaline boleh menghasilkan dua atau lebih kaler pada satu batu dan mempunyai pelbagai kaler..Kebiasaannyer ia berwarna biru, hijau dan pink..Ia juga tidak berwarna..
Tourmaline dijumpai di Brazil, Sri Lanka dan Afrika..Ia juga boleh dijumpai di US, Madagascar, Pakistan, dan Afghanistan..Kekerasan batu ini ialah 7-7.5 mengikut Mohs' Scale of Hardness..





November..
TOPAZ
Topaz mempunyai pelbagai kaler yang stunning dan biasanya dan yang paling popular ialah Blue Topaz..Topaz juga boleh menggunakan kaedah tertentu untuk mevariasikan kaler kepada kaler yang pelbagai..
Topaz dijumpai di pelbagai negara di seluruh dunia seperti Brazil, Afghanistan, Australia, China, Nigeria, Rusia, Zimbabwe, US dan Sri Lanka..Kekerasannya ialah 8 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Dibersihkan menggunakan air sabun suam, dgn berus lembut..Penggunaan pembersih ultrasonik juga boleh digunakan..



Disember..
TURQUOISE

Turquoise mempunyai range kaler dari biru langit pucat sehinggalah ke kaler biru kehijauan..Untuk mencantikkan lg kaler batu ini, kebiasaanyer industri barangan kemas akan membuat proses "oiling and dyeing"
Turquoise digali di China, Mexico, Iran, Arizona dan Nevada..Kekerasan batu ini ialah 5-6 mengikut Mohs' Scale of Hardness..
Cara nk jaga:
Dibersihkan menggunakan air dgn berus lembut..Elakkan menggunakan air panas dan bahan kimia.. Pembersih ultrasonik tidak boleh digunakan..




No comments:

Post a Comment