Waaaa..Tajuk nk gah..Saya adalah pemimpin..Berat sikit entry kali ni tp aku tertarik dgn satu tajuk pengucapan awam yg Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di bawah seliaan aku kene bentang kn..Kalo aku diberi tajuk ni, ape ye aku nk wat..???Huhuhu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah pemimpin..Ye, sy percaya bahawasanya saya adalah pemimpin terbaik untuk diri saya sendiri..Sy juga percaya dengan memimpin diri sendiri, saya lebih mengetahui ke mana arah tuju kehidupan saya kelak..Saya masih memimpin diri ini supaya saya tidak terpesong dari landasan agama yang saya anuti, budaya yang saya pegang dan lingkungan sosial yang kini saya berdiri..Saya percaya ramai rakan2 seangkatan saya cuba mencari pemimpin yang berdedikasi untuk memimpin diri mereka ke arah hidup yang lebih baik, hakikatnya, mereka mampu menjadi pemimpin kepada diri sendiri..Memegang sendiri "steering" dan menjadi nakhoda kepada kehendak saya, menyediakan sempadan antara yang baik dan buruk dan menjadi hakim kepada konflik yang berlaku dalam diri saya adalah tugas saya sebagai pemimpin kepada diri saya..Saya percaya, pemimpin yang baik bermula dengan memimpin diri ke arah yang lebih baik..
Seterusnya, saya merupakan pemimpin kepada rakan2 saya..Walaupun saya tidak diiktiraf sebagai pemimpin di atas kertas, namun saya percaya, pemimpin tidak berhenti berusaha untuk memimpin walaupun tidak diberi kuasa memerintah..Saya yakin, kepimpinan boleh ditunjukkan dengan mempengaruhi rakan2 saya ke arah yang lebih berfaiedah..Pemimpin yang cemerlang mempunyai orang2 yang cemerlang di bawahnya..Oleh itu, saya perlu memimpin rakan2 saya supaya sama2 cemerlang dalam membentuk organisasi yang hebat dan kuat..Saya perlu memberikan hasil kerja yang baik dari pelbagai aspek supaya saya mampu memberikan perkara yang terbaik untuk orang2 di bawah saya..Suka saya memetik frasa mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi iaitu, "berkerjalah bersama saya, bukan berkerja untuk saya".. Seterusnya, menjadikan saya pemimpin yang dihormati dan bukan ditakuti..
Seperti yang kita lihat pada pemimpin2 besar negara kita, mereka mempunyai ciri2 pemimpin dan karisma untuk memipin..Justeru itu, sikap2 positif perlu ditanam di dalam diri bukan hanya ketika kita mahu dilantik menjadi pemimpin, malah, seharusnya sudah pun ditanam sejak kita kecil..Saya percaya, nilai2 murni yang ada pada kita dan secara khusunya kepada saya, menjadikan kita pemimpin yang mampu hidup dan berdiri di mana2 ceruk dunia, dan mampu hidup di kalangan lapisan masyarakat yang pelbagai..Pemimpin tidak seharusnya selesa dengan apa yang telah sedia ada, malah berusaha untuk memperbaiki keadaan yang dari dulu kita amalkan ke arah yang lebih sistematik dan maju..Pemimpin tidak perlu malu dan takut untuk melakukan perubahan..Saya perlu menjadi seorang yang inovatif untuk kegunaan bersama..Saya sendiri telah berusaha untuk menyediakan ruang khas untuk dimanfaatkan sebagai "Tourism information centre" yang menyediakan brosur2 pelancongan dan majalah2 pelancongan yang menarik..
Kuasa pemimpin yang ada pada saya bukan untuk kebanggaan, bukan juga untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk saya berusaha menjadi teladan yang baik kepada rakan2 saya dan orang yang lebih muda..Sy perlu menjadi role-model dan juga merupakan pendorong kepada mereka agar mereka juga boleh memimpin diri sendiri ke arah perkara2 yang positif..Saya yakin, dengan menjaga hubungan baik sesama manusia, prihatin terhadap alam dan yang paling penting sentiasa berhubung dan bergantung kepada Allah, menjadi kombinasi terbaik untuk saya menjadi pemimpin yang cemerlang..In shaa Allah..
Selain itu, sebagai pemimpin muda, saya perlu menjadi kreatif..Pendekatan yang perlu saya gunakan perlulah "up-to date" dan bukan lg cara kepimpinan kuno yang hanya boleh digunapakai untuk mempengaruhi masyarakat pada zaman dahulu..Jika dulu, seorang pemimpin perlu bermuka bengis dan garang, sekarang, pemimpin perlu bermuka manis dan membuat org yang kita pimpin berasa senang..Pendek kata, saya perlu memilih pendekatan yang sesuai supaya saya tidak ketinggalan zaman..Maklumlah, sekarang ni sudah zaman IPad, IPhone, Android dan pelbagai teknologi yang semakin rancak dan pantas..Justeru, saya juga perlu pantas bergerak..Begitu juga dengan pengetahuan saya..Seharusnya saya perlu mengisi di ruang2 kosong di kepala saya dengan perkara2 baru dan terkini, memberi informasi yang benar dan tepat, bercakap menggunakan fakta dan bukan auta..
Yang terakhir, pemimpin muda seperti saya perlu berdisiplin..Disiplin merupakan kunci untuk setiap perkara positif yang diterapkan kepada setiap orang dari kita...Sekiranya saya mengamalkan perkara2 di atas dgn penuh disiplin, maka saya dengan rasa bangga mengaku bahawa SAYALAH PEMIMPIN MUDA, yg merupakan nadi dan tiang negara..Di bahu saya inilah tergalasnya tanggungjawab memimpin negara suatu masa nanti..Besarlah harapan saya untuk melihat nagara yang saya cintai ini terus mengecapi nikmat kemajuan dan keamanan..Saya akan terus menyumbang tenaga, idea dan juga keazaman saya untuk terus memimpin rakan2 saya yang lain..
No comments:
Post a Comment